ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"H--sorry, jangmi." Junho mengetuk kepalanya sendiri apabila dia hampir terlepas memanggil Jangmi dengan panggilan honey. Sukar tapi tidak mengapa. Dia cuba sampai dapat.
"Hm, kenapa?" Tanya Jangmi. Dia memandang Junho bersama kerutan di dahi. Haein yang berada di sebelahnya itu tidak menghiraukan mereka, sebaliknya Haein sibuk bermain dengan telefon.
"Hyung nak jumpa awak. Dia tunggu dekat kondo dia." Jawab Junho. Mendengarkan itu Haein terus mengangkat kepala. Tidak semena-mena matanya bertembung dengan mata milik junho. Tidak mahu tenggelam dalam perasaan, Haein segera melarikan anak matanya.
"Oh. Em okay. Bye you all, i nak dating dengan kucing miang." Sempat Jangmi menghadiahkan flying kiss pada kedua-dua kawannya itu sebelum berlalu pergi.
Pergi sahaja Jangmi dari kelas tersebut, kini tinggallah junho dengan Haein dan beberapa orang pelajar di dalamnya. Junho berdehem sebelum mengambil tempat disisi Haein. Mereka berdua senyap. Dalam diam Junho melirik ke arah Haein.
"Haein, awak marah saya ke?" Tanya Junho bernada lembut. Haein menggeleng tanpa membuka mulut. Junho mengeluh lega.
"Saya ingat awak marah saya sebab saya selalu tersentuh tangan awak." Sambung Junho lagi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu pula bila diingatkan kembali.
"Kalau aku marah pun kau tetap ulang balik. Tak ada guna aku nak marah." Balas Haein. Dia menyimpan telefon ke dalam beg sebelum bangkit. Melihatkan itu, Junho turut bergegas bangkit dan mengejar langkah Haein dari belakang.
"Haein, awak nak pergi mana?"
"Aku nak baliklah. Buat apa aku nak bertapa dekat kolej ni? Kelas aku dah habis." Junho tersenyum kekok. Itulah, tanya lagi soalan bodoh macam tu.
"Saya hantar awak, okay?" Pelawa Junho.
"Aku boleh balik sendiri." Tolak Haein. Tipikal Haein, senang saja. Benda boleh jujur, buat apa nak menipu? Benda boleh tolak, buat apa nak terima?
"Haein, bagilah saya peluang." Haein berhenti dituruti oleh Junho. Dia mengubah postur tubuh menghadap junho. Matanya disepetkan, merenung lelaki itu tajam. Junho menelan air liur tatkala dirinya direnung sebegitu rupa. Detak jantungnya berubah rentak.
"Kau.."
"Ya saya?" Haein menggelengkan kepala sebelum menyambung semula langkahnya.
"Haein, awak nak cakap apa tadi?" Soal Junho. Dia tidak menghiraukan tatapan yang dilemparkan oleh pelajar kolej itu saat melihatnya sedang berusaha untuk mendapatkan perhatian Haein. Dia peduli apa? Bak kata orang, mati tanam!
"Nevermind. Anyway, mana kereta kau?" Mendengarkan itu, Junho mulai tersenyum. Segera dia menarik hujung baju Haein ke tempat parking kereta.
Pintu kondo dibuka setelah password dimasukkan. Kasut converse miliknya dibuka. Dengan langkah yang perlahan, dia menuju ke dalam.
"Minho?" Panggil Jangmi. Dahinya jelas berkerut tatkala tiada sahutan dari lelaki itu. Kondo pun macam tiada orang. Sunyi.
"Sayang!" Panggil Jangmi lagi. Jawapannya tetap sama.
"Junho tipu aku ke?" Gumam Jangmi. Kalau benar junho menipunya, esok pasti dia akan memberikan pukulan 'kasih sayang' buat junho.
Saat Jangmi berura-ura ingin beredar, kakinya disapa dengan sesuatu yang berbulu lembut. Dia menunduk. Anak matanya membulat.
Oh my god.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

YOU ARE READING
ATTENTION
FanficKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."