ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Selesai menyanyikan lagu Typa girl, akhirnya Jangmi menghempas tubuh di atas sofa yang tersedia di dalam bilik karaoke tersebut. Penat akibat terlalu semangat bernyanyi serta menari terkinja-kinja tadi. Sambil mengatur nafas, dia mengerling ke arah minho.
Sedari tadi lelaki itu hanya duduk dan memerhati. Mikrofon di tangannya diserahkan pada Minho. Dahi jejaka itu berkerut sembari menjongketkan sebelah keningnya.
"Giliran kau nyanyi. Tak aci kalau aku sorang je."
"Malas." Jangmi menjegilkan kedua matanya menatap minho tajam. Sekilas, dia menjeling minho.
"Tak bestlah kau ni. Semuanya malas." Jangmi memutar mata ke atas. Menyampah dengan minho. Tadi dia ajak main game pun, minho malas. Entah apa yang minho mahu pun dia tidak tahu.
Jangmi bangkit. Dia mencari lagu untuk dimainkan, namun kali ini dia tidak menyanyi melainkan lagu itu dinyanyikan oleh penyanyi asal. Usai lagu yang dicari ditemui, dia beralih ke arah minho. Tangannya dihulurkan pada lelaki itu.
"Mind to dance with me, my pervertlyknow?" Jangmi mengenyit mata nakal sambil menayang senyum senget.
Apabila tangannya tidak bersahut, akhirnya Jangmi sendiri yang menarik tangan Minho. Memaksa lelaki itu untuk berdiri. Mahu tidak mahu terpaksa juga lelaki itu turutkan permintaan Jangmi.
Jangmi meletakkan tangan minho di bahagian pinggang rampingnya sementara dia melingkarkan tangan di batang leher minho. Alunan lagu Only memenuhi segenap ruangan bilik karaoke.
"How do you feel?" Soal Jangmi dengan nada berbisik. Dia tidak memutuskan tautan mata mereka berdua. Dengan jarak yang terlalu rapat seperti ini membuatkan debaran jantungnya bertambah laju.
"kau rasa?" Soalan berbalas soalan. Rangkulan pada pinggang ramping Jangmi semakin dikemaskan hingga tubuh mereka berdua bersentuhan. Minho menundukkan kepala, menyatukan dahi mereka berdua tanpa melepaskan tatapan.
"Macam aku nak tahu? Tu kan perasaan kau." Jawab Jangmi selamba. Sudut bibir minho ternaik.
"Kau nak tahu apa perasaan aku?" Jangmi mengangguk bersama wajah polos. Minho berdecit sinis.
"You really catch my attention, Geum Jangmi." Usai menuturkan ayat itu, bibir merah milik Jangmi dipagut lembut. Dapat dia rasakan tubuh gadis itu mengeras.
Pada mulanya, ciuman itu hanyalah biasa-biasa sahaja. Namun berubah sedikit agresif apabila Jangmi membalas ciumannya. Tangan nakal si jejaka tidak tinggal diam, meramas pinggang gadis itu.
"Mana hyung kamu?" Tanya Tuan Lee bernada tegas. Dari pagi hingga ke malam, dia langsung tidak nampak kelibat minho dimana-mana sudut rumah.
"Erm.." Junho mengetap bibir. Dia tidak tahu harus memberi jawapan apa untuk pertanyaan Tuan Lee. Kalau dia salah jawab, silap-silap hubungan dia dengan minho semakin teruk.
"Dia masih terlibat dalam lumba haram tu?" Tanya Tuan Lee sekali lagi. Kemana lagi minho pergi jika bukan kesana? Berkumpul bersama kawan-kawannya?
"Appa dah tak tahan dengan perangai hyung kamu. Sepatutnya masa macam ni dia ada dekat sini." Tuan Lee memicit dahi. Runsing kepala otaknya memikirkan minho.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
Fiksi PenggemarKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."