ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Saya nak minta maaf bagi pihak hyung. Saya cuma tak nak awak kecewa, honey. Saya tak habis fikir kenapa dia cakap awak berhutang dengan dia waktu tu. Saya siasat sampailah saya dapat tahu yang dia dengan chan hyung ada buat satu dare. Iaitu patahkan hati awak. Apa nak dibandingkan duit sebanyak 300jt won tu dengan hati awak, honey?" Jelas junho panjang lebar dengan nada yang kecewa.
Junho meraup wajah kesal. Kalau dia tahu dari awal, memang dia akan cuba sehabis baik jauhkan jangmi dari minho. Haein yang duduk di sebelah Junho sekadar menjadi pendengar. Oh jadi itulah penyebabnya?
Junho bergaduh dengan minho kerana hal tersebut? Jika dia tahu, pasti tamparannya melayang ke pipi minho. Decitan sebal terbit. Entah apalah yang seronok sangat mainkan perasaan orang, dia pun tak tahu.
"oh, tak apa." Tersentak keduanya mendengar balasan ringkas dari Jangmi. Serentak mereka berpandangan sesama sendiri buat beberapa saat sebelum di alihkan ke jangmi semula.
Raut wajah Jangmi memaparkan bahawa gadis itu langsung tidak merasakan apa-apa setelah mendengar penjelasan dari Junho.
"Jangmi, takkan kau nak berdiam je? Lepas apa yang dia buat." Ujar Haein sedikit membentak. Dicerlung tajam gadis yang sedang duduk di hadapannya ketika ini.
"Betul! Awak tak nak balas balik ke, honey? Takkan awak nak biarkan je diri sendiri diperbodohkan dengan dia?" Sampuk Junho pula. Jangmi diam seketika sebelum tersenyum manis. Perasaan pelik menjentik hati Haein dan Junho melihat perilaku Jangmi yang tenang.
"Buat apa nak balas? Maybe ni karma sebab aku selalu mainkan perasaan orang dulu. So, terima jelah. Anyway, apa-apa pun thanks sebab send voice message tu dekat aku. Kalau tak, mesti dia seronok sebab dah berjaya sakitkan hati aku." Tenang sahaja nada bicaranya bertutur. Haein berkedip beberapa kali, seakan tidak percaya dengan apa yang baru di dengarinya.
Lantas dia berdiri dan berpindah tempat duduk di sebelah Jangmi. Kedua bahu kawan perempuannya itu dipegang.
"Jangmi, kau okay kan? Wayar dalam otak kau tak ada yang putus kan? Cakap dekat aku sekarang! Kau ada terhantuk kepala dekat mana-mana tempat ke?" Gesa Haein. Jangmi memutar mata ke atas. Over lah Haein ni.
"Mana ada. Aku memang macam ni lah." Haein menggeleng. Menyangkal 100% apa yang dikatakan oleh Jangmi. Mustahil!
"Jangmi yang aku kenal tak suka bila ada orang cuba ambil kesempatan dekat dia." Jangmi tersengih menyeringai.
"Aku okaylah. Tu hah, dia yang hantar bukti dekat aku." Anak matanya bergerak memandang Junho.
"Honey, saya sayang awak tau." Jangmi mengangguk. Dia tahu itu. Junho selalu melafazkannya sewaktu mereka masih menjalinkan hubungan dulu.
"Tahu. By the way, ni je ke niat korang datang sini? Kalau dah tak ada apa-apa, aku rasa korang tahu pintu dekat mana." Haein mencebik. Dijelingnya Jangmi yang memeluk tubuh sambil mengangkat kening. Jangmi tetaplah Jangmi.
"Esok kau datang kolej?" Soal Haein.
"Kalau aku tak datang, kau serbu rumah aku. Buat macam junho buat tadi."
"Tch, tak ada masa aku nak buat semua tu."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

YOU ARE READING
ATTENTION
Hayran KurguKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."