ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Berhenti tenung saya macam tu boleh tak? Rimaslah." Kata Jangmi bernada kasar. Rimas kerana asyik direnung tanpa berkedip oleh Junho. Mahu saja dia tekan lebam di pipi Junho. Biar dia jerit kesakitan.
"Honey, janganlah kasar dengan saya. Dulu awak tak macam ni." Lemah suara Junho membalas bersama riak wajahnya yang sedih. Jangmi memutar mata ke atas. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum dihela panjang.
"Apa yang awak tak faham lagi, Junho? Cuba bagitahu saya." Junho menunduk. Junho mengeluh.
"Perlu ke saya jerit kuat-kuat yang saya sayangkan awak sangat-sangat, Honey?"
"Kau lapar selipar ke setan?"
Mulutnya sudah sedaya upaya ditahan agar tidak mengeluarkan ayat yang menyakitkan namun kelakuan Junho sangat menguji kesabarannya.
"Hehe, jangan marah. Saya main-main jelah." Junho tersengih. Tidak semena-mena dia mendapat jelingan tajam dari Jangmi.
"Saya cuma nak ajak awak berkawan. Mana ada orang nak berkawan dengan nerd macam saya. Saya baru je dapat rasa macam mana bahagianya berkawan, tup-tup awak ajak putus. Jadi saya sedih. Sebab saya dah mula sayangkan awak sebagai kawan." Jelas Junho panjang lebar. Jangmi sudah terdiam seribu bahasa mendengar penjelasannya.
Junho duduk menghadap Jangmi. Kedua belah tangan gadis itu digenggam.
"Awak jangan tinggalkan saya, Honey. Nanti saya tak ada kawan nak ajak berborak." Bersungguh-sungguh Junho merayu pada Jangmi. Hingga tubir mata lelaki itu turut memanas.
"Aish, yelah." Junho tersenyum lebar. Jangmi menarik tangannya semula. Dia terdiam sejenak tadi. Ternyata Junho terlebih polos dari apa yang dia fikirkan.
"Terima kasih, Honey." Jangmi menyilang tangan dibawah dada.
"Hm. Ni saya nak tanya, siapa lelaki tadi tu? Kenapa dia tiba-tiba tumbuk awak?" Tanya Jangmi. Pelik juga dia. Setahunya Junho tidak pernah bermusuh dengan siapa-siapa si kolej ini.
"Oh em tu abang tiri saya. Dia memang macam tu. Awak tak payah risaulah. Sikit je ni." Jawab Junho. Tangannya naik menyentuh pipi. Bibir atas Jangmi terjungkit naik.
"Sikit? Ni sikit? Apa benda yang sikitnya? Pipi awak lebam kot." Junho tersenyum segaris. Jangmi merungut dalam hati. Junho ni pun nak jadi budak baik pun agak-agaklah.
"Jangan risaulah. Nanti saya tuam ais, bengkak ni turun."
"Cih. Lantak engkau lah labu. Masalah awak dengan abang tiri awak tu selesaikan dengan baik. Kalau bergaduh, bila nak selesai?" Pesan Jangmi. Junho dengan polosnya mengangguk. Ada betulnya apa yang dipesan oleh Jangmi.
Tiba-tiba telefon Jangmi berbunyi. Lantas dia menjawab panggilan tersebut.
"Hm."
"Jangmi, kau dekat mana? Kelas dah nak mula ni."
Serta merta mata Jangmi membulat besar. OH MY GOD!
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

YOU ARE READING
ATTENTION
ФанфикKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."