tujuh belas

131 19 8
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

"Turun."

"Tak nak!"

"Turun, Geum Jangmi."

"Eish aku tak nak tu, tak nak lah. Jangan paksa."

Minho menarik nafas dalam lalu menghembus. Dia sudah bercakap baik-baik pun Jangmi masih degil untuk mengikut arahannya. Tangan yang sedang memeluk pinggangnya dari belakang itu cuba untuk dileraikan namun Jangmi berkeras.

"Tch, berhenti buat perangai macam budak-budak boleh tak?" Keras nada suara minho mengutarakan pertanyaan tersebut. Jangmi mencebik. Dia terasa hati dengan minho.

Tanpa berkata apa-apa, dia meleraikan pelukan lalu turun dari motor. Dia berdiri sedikit jauh dari minho sambil memeluk tubuh. Dah lah culik dia, lepastu kunci kereta dia pula kena ambil dengan seungmin. Lepastu suka hati minho saja mahu marah dia. Dasar lelaki red flag!

Sedang dia melayan rajuknya, minho berdiri di hadapan. Jangmi menjeling minho tajam lalu mengubah arah tubuhnya. Menunjukkan rasa tidak puas hati.

"Kau kalau marah sekalipun, bukalah helmet tu." Tegur minho sambil mengetuk helmet yang dipakai oleh Jangmi tanpa rasa bersalah.

"Cih, suka hatilah. Lagipun aku tak nak tengok muka kau." Kata Jangmi mendatar. Minho mengangkat kedua bahunya lalu tubuh Jangmi diangkat dan diletakkan di atas bahu kanannya.

Selamba sahaja dia berjalan dalam keadaan seperti itu seakan-akan Jangmi ringan.

"Yah!! Apa kau buat ni? Lepas!" Jangmi meronta-ronta sambil memukul-mukul belakang badan Minho.

Pak!

Jangmi terdiam tatkala sebuah tamparan hinggap di pinggulnya. Rontaannya automatik terhenti. Darah panas berlumba-lumba naik menyerbu pipi.

"Tahu pun diam."

Dia membawa Jangmi masuk ke dalam lif. Setelah sampai di tingkat sepuluh, minho mengatur langkah keluar dari lif.

"Mana kau nak bawa aku ni? Aku tak nampak apa-apa pun. At least bagilah aku buka helmet ni dulu, baru aku dapat bagitahu polis supaya datang sini." Rengek Jangmi. Kekehan sinis yang keluar dari bibir Minho menyakitkan telinga Jangmi.

"Tadi aku suruh buka tak nak. Padan muka kau." Jangmi merengek perlahan. Helmet yang dipakainya ditampar. Tu lah tadi ikutkan sangat rajuk tu.

Bunyi pintu dibuka singgah di corong telinga Jangmi. Minho bawa dia pergi rumah siapa pula sekarang ni? Tidak lama kemudian, tubuhnya dihempas di atas sebuah sofa empuk. Spontan Jangmi meringis perlahan.

"Aduh tak boleh letak elok-elok ke? Dah lah culik orang, lepastu buat macam ni pula. Aku bagitahu appa aku karang, baru tahu." Rungut Jangmi. Minho memutar mata ke atas lalu duduk melutut di hadapan Jangmi. Visor helmet yang melindungi wajah gadis itu dinaikkan.

Terpaparlah seraut wajah manis yang sudah masam mencuka setelah visor helmet dinaikkan. Minho tersenyum sinis. Merajuk konon. Tch.

"Apa kau tengok-tengok? tahulah aku cantik." Minho mencebik. Dia bangkit dan kemudian berlalu ke arah dapur tanpa ada niat untuk meminta maaf pada Jangmi atas perbuatannya tadi.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONWhere stories live. Discover now