ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Junho membuka pintu bilik itu dengan perlahan. Senyum sakarastik tersungging saat matanya menangkap sekujur tubuh seorang wanita di atas katil. Dia melangkah masuk ke dalam lalu menutup semula pintu.
Dia menghampiri wanita itu. Kerusi bersebelahan katil saiz queen diduduki olehnya. Junho mengapai tangan wanita tersebut. Seraut wajah pucat itu ditatap penuh kasih.
"Eomma, junho ni."
"Dah lama junho tak masuk bilik jenguk eomma kan? Maaf eomma. Bukan junho tak nak datang, junho sibuk akhir-akhir ni dengan assigment. Susah tapi tak apa. Junho cuba." Walaupun Puan Cha tidak sedarkan diri, tetapi dia tahu wanita itu dapat mendengar apa yang disampaikan olehnya.
Puan Cha sudah terlepas dalam situasi kritikal. Beberapa bulan yang lepas, Puan cha terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya yang disyaki berpunca dari musuh Tuan Lee sendiri. Oleh kerana syarikat vicky's corporation kepunyaan Tuan Lee berkembang maju, jadi ada yang busuk hati mahu menjatuhkan dia dengan mensasarkan Puan Cha sebagai amaran.
"Eomma, junho dengan hyung dah berbaik tapi dia masih layan junho dingin. Tapi junho tak kisah semua tu, yang penting dia dah tak pukul junho dah. Hehe. Sebenarnya semua sebab seorang perempuan ni yang buat hyung macam tu." Junho senyum. Malam semalam minho meminta maaf kepadanya. Walaupun cara minho meminta maaf agak kasar, namun dia mengerti. Dia kenal minho sudah lama.
"Junho lupa nak bagitahu. Junho ada kekasih. Nama dia Jangmi. Geum Jangmi. Dia cantik, eomma. Cuma sekarang junho cuma mampu jadi kawan dia je." Junho mengeluh. Dari kekasih berubah menjadi kawan.
"Junho sayang dia, eomma. Tapi junho rasa junho dah jumpa penganti Jangmi. Kawan Jangmi sendiri, Park Haein." Sekilas, junho tersengih sendirian. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Malu pula bila luah dengan Puan Cha.
"Tapi dia kasarlah, Eomma. Kasar tapi comel. Macam kucing." Walaupun kasar, Haein tidak pernah sesekali meninggikan suara ketika berbicara. Dari apa yang junho perhati, Haein di didik dengan baik oleh keluarganya.
Bunyi pintu dibuka membuatkan junho berpaling ke belakang. Dia terus berdiri lalu membongkokkan tubuhnya menandakan dia hormat pada Tuan Lee.
"Junho." Tuan Lee senyum sembari menghampiri Junho. Walaupun junho merupakan anak tirinya, tetapi sudah di anggap seperti anak kandung. Bahu Junho ditepuk olehnya.
"Kamu ada kelas ke harini?" Soal Tuan Lee prihatin. Junho mengangguk.
"Ya. Tapi junho lawat eomma kejap sebelum pergi."
"Junho rindu eomma?" Pertanyaan Tuan Lee disambut dengan senyum tipis dari Junho. Tipulah kalau dia cakap dia tak rindu dengan Puan Cha. Bahkan suara Puan Cha juga dia mahu sekali dengar ketika ini.
"Appa minta maaf. Disebabkan appa, eomma jadi macam ni."
"Bukan salah appa. Tapi dah takdir. Siapa kita nak melawan?" Tuan Lee tersenyum. Kenapa Minho tidak dapat berkelakuan seperti junho? Baik dan mendengar saja arahannya.
"Nanti kamu pergi kolej, tolong ajak hyung kamu balik rumah ya?" Junho mengangguk. Tu pun kalau minho mahu menerima ajakkannya.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
YOU ARE READING
ATTENTION
Fiksi PenggemarKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."