enam puluh enam

74 18 9
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

"Kitaorang balik dulu. Daaa!" Ujar Jisung sambil melambaikan tangannya pada minho dan seungmin. Jeongin pula hanya diam. Dia pasrah bila jisung merangkul bahunya. Mereka berempat balik terlalu lewat berbanding dengan ahli crime's yang lain.

Hilang saja kelibat jeongin dan jisung, kini tinggallah dua lelaki beku di dalam gym. Masing-masing sudah berpeluh dan kepenatan namun masih mahu meneruskan kegiatan di atas mesin treadmill tersebut.

"Apa yang kau nak sampaikan dekat aku?" Suara seungmin memecah keheningan antara mereka berdua. Dia bertanya tanpa menoleh melihat minho.

"Stay away from her." Seungmin menarik senyum tepi bibir. Amaran minho tidak berkesan padanya.

"Her? Who?" Minho mendengus bersama nafas yang tercunggap-cunggap. Dia mengerling tajam seungmin seraya membuka mulut.

"Jangan buat-buat bodoh, kim seungmin." Keras nada suara minho. Namun sekali lagi amarannya disambut oleh tawa lelaki itu.

"Dah ingat ke? Tch, dah terlambat." Seungmin menghentikan mesin treadmill lalu mengelap peluhnya. Rambut kehitaman miliknya dikuak ke belakang.

"I can treat her better than you, hyung. Or maybe someone else? Nak harapkan kau? Tch, yang kau tahu kau dah menang dare tu. Licik." Kata seungmin sinis sebelum melangkah pergi dari gym meninggalkan minho. Sempat dia mengambil begnya sebelum menutup pintu gym.

Minho mengetap bibir rapat. Pemegang mesin treadmill dipegang kuat seraya menghentikan mesin tersebut. Dadanya berombak-ombak. Dia rasa tercabar dengan apa yang dikatakan oleh seungmin tadi. Kalau tidak diingatkan seungmin merupakan kawannya, sudah lama dia melayangkan penumbuk sulungnya ke rahang seungmin.

Bukan dia tidak perasan sejak akhir-akhir ini seungmin sering bertegur sapa dengan jangmi. Malah seungmin merangkul pinggang gadis itu tepat di hadapan matanya. Itu membuatkan dia bertambah panas ketika melihat adegan tersebut.

Minho mengepal tangan membentuk penumbuk. Urat-urat di lengannya timbul. Rahang diketap kuat.

"No one can take you from me, babe." Minho menghembus nafas kasar apabila dia teringatkan sesuatu. Rambut yang sedia kusut, diserabaikan lagi. Jeritan kuat darinya bergema di segenap ruang gym.

"Kenapa mesti jadi macam ni?!"

Minho menenangkan dirinya seketika sembari menghenyakkan pungungnya di sebuah kerusi yang tersedia di dalam gym. Kepala dipangku dengan kedua tangan.

"Kalaulah kau bukan anak dia, aku takkan buat macam ni." Gumam minho. Jika Jangmi sakit kerana dia terus menjauhi gadis itu dan membuatnya seolah-olah tidak wujud di kolej, ketahuilah dia lebih sakit kerana harus berpura-pura.

"Junho, kau pasti ke semua ni?" Tanya Haein buat kali terakhir. Dia perlu memastikan apa yang disampaikan oleh Junho adalah benar belaka. Dia tidak mahu mengambil sebarang risiko sekiranya berita tersebut adalah salah.

"Iye. Saya dengar apa yang chan hyung cakap dengan minho hyung. Saya baru je nak masuk dalam wad sebab nak jenguk hyung macam yang jangmi suruh tapi tak sangkalah pula saya dapat dengar semua ni." Jelas Junho panjang lebar. Dia betul-betul yakin dia tidak salah dengar tempoh hari.

Haein terdiam. Terbit rasa bersalah dalam diri kerana menyuruh jangmi untuk menerima minho. Haein menunduk, dia bermain dengan jari-jemarinya.

"Aku rasa bersalah. God! Aku tak patut biar dia terima jantan tak guna tu." Haein menekup muka. Junho mengemam bibir. Dia memegang bahu Haein.

"Saya rasa kita kena bagitahu jangmi. Sebab dia berhak tahu semua ni." Haein melarikan tangan dari wajahnya lalu mengangguk bersetuju dengan Junho.

"Yes!" Baru sahaja haein bangkit, lengannya ditahan oleh Junho. Dia mengangkat kening.

"Haein, saya ada benda nak cakap dengan awak."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONWhere stories live. Discover now