ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Bahu terhinjut naik, tersentak saat seseorang memeluk dari belakang. Tidak perlu berpaling pun dia sudah tahu siapa gerangan tersebut. Darah berderau tatkala nafas hangat lelaki itu menerpa kulit lehernya yang terdedah.
"Awal lagi babe." Bisik suara serak basah itu tepat di tepi telinganya. Matanya jatuh pada kesan-kesan keungguan yang ditinggalkan pada bahu putih Jangmi. Tanda gadis itu sudah menjadi hak milik lee minho yang sesungguhnya.
"Kenapa diam? Talk to me." Jangmi menghela nafas. Sejujurnya dia terkejut dengan apa yang berlaku. Sedar sahaja tadi, dia mendapati mereka berdua tidur di bawah comforter yang sama tanpa sebarang fabrik. Fikirannya bercelaru ketika ini. Tidak tahu harus bereaksi apa.
Patut ka dia menjerit melolong kerana sudah menyerahkan dirinya pada seorang lelaki yang hanya singgah di kehidupannya sahaja? Murahnya dia. Senang-senang terpedaya dengan seseorang.
"Babe. Hey! Pandang aku." Badan Jangmi dipusing menghadapnya. Dia menyentuh rahang Jangmi. Anak mata gadis itu dicari.
"Babe, what's wrong?" Sekali lagi Jangmi mengeluh. Kali ini lebih panjang. Dia menepis tangan minho dari terus menyentuhnya.
"Tak ada apa-apa. Aku okay." Dia terus menjarakkan dirinya dari minho. Pakaian miliknya yang bertaburan di atas lantai dikutip lalu masuk ke dalam tandas.
Selesai memakai baju, Jangmi keluar dengan wajah yang tidak berperasaan. Datar. Seakan-akan tidak berperasaan. Tanpa menghiraukan minho yang duduk di birai katil, dia terus keluar dari bilik itu. Rambutnya diikat messy bun.
"Babe, kau nak pergi mana?" Pergelangan tangan Jangmi ditahan dari belakang. Minho mendekat. Dia berdiri di hadapan Jangmi.
"Kau nak balik? Aku hantar." Jangmi segera menggelengkan kepala menolak pelawaan minho. Tangannya yang digenggam ditarik semula.
"Aku boleh balik sendiri." Balas Jangmi dingin. Baru beberapa langkah dia berjalan, dia berpaling ke belakang semula. Tatapan kosong dilemparkan ke arah minho.
"Aku tak nak jumpa kau lagi lepasni. Hubungan kita dah tamat. Ops, my bad. Kita tak ada apa-apa hubungan pun. So kau bolehlah tinggalkan aku. Jangan risau, aku tak akan salahkan kau 100% atas apa yang jadi semalam. Jadi, hutang aku dengan kau dah langsai sepenuhnya." Sambung Jangmi panjang lebar sebelum berlalu keluar dari kondo minho.
Entah apa yang dia rasakan sekarang. Hatinya mengarahkan dia supaya mengejar langkah gadis itu, namun otaknya berkeras menghalang. Keadaan sekarang seolah-olah terbalik. Sepatutnya dia yang tinggalkan Jangmi namun sekarang dia pula yang ditinggalkan.
Setitik demi setitik hujan turun membasahi bumi. Begitu juga dengan air matanya. Mujur dia terjaga lebih awal dari minho jadi dia sempat memeriksa telefon. Mesej suara yang dihantar oleh Junho menyakitkan hatinya.
Dia tidak menyangka minho sanggup mempersetujui dare yang dicadangkan oleh bangchan. 300jt won. Semurah itukah harga dirinya bagi minho? Tch. Kalau tidak dijual sebagai habuan perlumbaan haram, hatinya pula yang menjadi dare untuk lelaki itu.
"Kau bagi rasa bahagia. But then, kau juga yang hancurkan aku." Bisik Jangmi dalam hati.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
Fiksi PenggemarKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."