ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Sepuntung rokok yang masih bernyala itu dihisap beberapa saat sebelum melepaskan kepulan asap ke udara. Kedinginan malam tidak menganggu dia dari terus duduk di kerusi yang tersedia di balkoni tersebut. Keadaan malam yang sunyi sepi menenangkan fikirannya yang sedang dilanda kekusutan ketika ini.
Selepas sahaja balik dari 'dating' bersama Jangmi tempoh hari, berlaku pertengkaran antara dia dan Tuan Lee. Pipi yang menjadi mangsa tamparan kuat Tuan Lee dielus menggunakan jari telunjuknya. Decitan sinis terbit dari bibir.
Tuan Lee memberi amaran agar dia segera meninggalkan semua ini. Bagaimana mahu meninggalkan jika itu sudah sebati dalam dirinya?
"What are you doing here? Kau tak mengantuk ke?" Suara serak Jangmi mengejutkan Minho. Segera dia berpaling ke belakang melihat gadis itu. Sehinggalah Jangmi berdiri di hadapannya.
"Kau? Tak nak sambung tidur? Kalau tak nak, kita boleh sambung apa yang tergendala tadi." Balas minho sambil tersenyum nakal. Jangmi memutar mata ke atas. Bukan dia tak perasan mata jejaka itu asyik melihat tubuhnya dari bawah sampai atas.
"Hello, pervertlyknow. Aku bukan perempuan murah tau? Kalau kau nak, kau cari perempuan lain. Servis gigolo anda tidak diperlukan disini." Selamba sahaja Jangmi menuturkan kata-kata itu. Seakan tidak merasa takut kerana telah menggelarkan minho sebagai gigolo.
Minho terkekeh sinis. Dia mula bangkit dan menghampiri Jangmi. Rokok dihisap sekali lagi lalu asap rokok tersebut dihembus tepat di hadapan wajah Jangmi. Terbatuk-batuk gadis itu dibuatnya.
"Yah, aish." Marah Jangmi. Merah padam kulit wajahnya akibat marah pada lelaki itu. Minho tergelak perlahan. Dia menarik pinggang ramping Jangmi mendekat dengannya.
"You so brave, babe. Calling me 'gigolo'?" Jangmi mengetap gigi. Apa lagi ni? Minho memang tak mahu bagi dia bernafas dengan baik ke? Dengan badan yang tidak tersarung apa-apa fabrik. Hanya memakai seluar panjang sahaja yang melindungi bahagian bawah lelaki itu.
"Budak nakal. Kau suka tengok badan gigolo depan kau ni kan?"
"Hah? Mana ada." Cepat-cepat Jangmi menjawab menafikan tuduhan minho. Dengan kadar segera, dia menolak lelaki itu menjauh darinya.
"Dah lah, malas aku nak layan kau. Sebab kau lah aku tak dapat tidur malam ni."
Baru beberapa langkah Jangmi berjalan, Minho menahan lengannya. Jangmi mendengus lalu berpaling ke belakang dengan wajah yang masam.
"Apa lagi?"
"Touch it, babe." Darah Jangmi berderau mendengar nada sensual minho. Apa maksud dia? Sentuh apa? Oh my god.
"h-hah? Eh k-kau.."
"Kau takut, hm?"
Dengan sekali tarikan sahaja, Jangmi berada di dalam dakapannya. Wangian rambut gadis itu dihidu olehnya. Wangi.
"Minho, kau jangan macam-macam." Ugut Jangmi berbaur amaran. Minho ni tak takut ke kalau dia terkam? Memang tak lepas dari bilik seminggu berturut-turut. Jangmi menggigit bibir. Masa-masa macam ni lah otak kotor kau bekerja.
"Bagi aku lima minit peluk kau macam ni. Boleh?" Pinta minho. Suara lelaki itu tepat di tepi telinganya.
"Hm. Peluklah berapa lama kau nak." Minho tersenyum. Dia mengeratkan pelukan.
"Kalau boleh, selamanya..."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

YOU ARE READING
ATTENTION
ФанфикKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."