tiga puluh satu

129 19 15
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Dengusan kasar keluar dari bibirnya apabila deringan jam berbunyi. Terpisat-pisat minho mahu membuka matanya. Belum sempat dia mahu mematikan penggera tersebut, deringannya terlebih dahulu terhenti.  Minho menghela nafas.

Dia menoleh ke sebelah. Kerutan timbul di dahi tatkala menyedari tiada sesiapa di sebelahnya. Bukankah semalam Jangmi tidur di dalam pelukannya?

Dia segera bangkit dari baringan. Langkah kaki dibawa menuju ke kamar mandi. Tuala yang disidai di tepi kamar mandi itu ditarik sebelum masuk ke dalam.

"Auch." Jangmi mengaduh tatkala jari telunjuknya terhiris dengan pisau. Segera dia mendekati sinki lalu membasuh jari telunjuknya yang luka. Nasib luka dia biasa saja.

"Hm." Jangmi menoleh melihat kerjanya tadi. Bawang dan bahan-bahan lain yang masih belum dipotong itu ditatap dengan tatapan sedih. Dia nak masak nasi goreng tapi dia mana pandai masak. Ni pun dia cuba-cuba belajar dari youtube. Akhirnya, tangan dia yang luka.

"Lapar. Nak order tapi malas. Telefon pula dekat atas. Malasnya nak naik atas." Rungut Jangmi. Bibirnya memuncung ke depan. Dia lapar! Tangan naik dibawa ke bibir. Kuku ibu jarinya digigit.

"Babe." Mendengarkan panggilan itu, Jangmi berpaling ke belakang. Minho yang berdiri tidak jauh darinya itu dipandang. Tidak sampai lima saat, matanya mula bergenang.

"Minho." Jangmi berlari mendapatkan minho. Tubuh lelaki itu dipeluk. Kepalanya didongakkan mencari anak mata minho.

"Why, babe? You want my attention?" Kedua belah pipi gebu Jangmi diusap lembut. Mata bundar yang berkaca-kaca itu ditatap dalam.

"Tadi aku nak masak." Ujar Jangmi dengan nada perlahan.

"Okay then?" Soal Minho. Dia menanti ayat selanjutnya dari bibir gadis itu.

"Tadi aku potong bawang apa semua." Jangmi mencebik. Kedua-dua sudut bibirnya melengkung ke bawah.

"Urm kau nak masak? Tapi gas dapur kau tak nyala pun." Entah kenapa Jangmi rasa macam nak nangis bila mendengar pertanyaan minho. Gedik kan? Menangis semata-mata tak reti masak. Tapi itulah hakitkatnya.

"Tapi aku tak reti masak! Hiks tengok jari aku luka terkena pisau tadi." Rengek Jangmi. Tangisannya mulai pecah sembari menunjukkan jari telunjuknya yang luka. Rasa malu ditepis tatkala minho merenungnya. Peduli apa dia?

"Minho. Eish, tak sukalah. Blah sana." Minho tersentak. Segera dia mengeratkan pelukan apabila Jangmi mahu menjauh darinya. Kepala gadis itu ditepuk perlahan. Senyum terlakar di bibir si jejaka.

"Duduk. Biar aku yang masak." Air mata Jangmi diseka lembut. Sempat hidung separa mancung yang kemerahan itu dicuit olehnya. Comel.  Dia rasa macam tengah pujuk budak kecil.

"Kau pandai masak ke?" Soal Jangmi. Tangisannya mulai reda. Minho menarik Jangmi untuk duduk di meja makan. Dia mengambil tempat di sebelah Jangmi.

"Kalau aku masakkan untuk kau, apa aku dapat?"

"Kau buat kerja memang tak pernah ikhlas eh?"

Minho ketawa kecil.

"Well kerja mana yang percuma kan?" Jangmi menjuih bibir.

"Yelah, apa kau nak?"

"Malam ni ikut aku. Aku ada bet. Malam ni aku jemput."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang