dua puluh tiga

147 20 8
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Nafas tercunggap-cunggap akibat berlari dari tingkat bawah hingga ke tingkat atas. Dia berlari tanpa melihat kiri kanan, tergesa-gesa oleh kerana minho memberinya masa yang singkat. Tadi pun dia tinggalkan saja taeyong yang masih melutut menunggu jawapan darinya.

Namun dia tetap berterima kasih pada minho kerana menyelamatkan dia dari situasi yang kekok itu.

Kiraan terhenti apabila bunyi pintu dirempuh dari luar menyapa corong telinganya. Minho mengekalkan raut wajah serius lalu berpaling ke belakang. Dilihatnya Jangmi sedang mengatur nafas sebelum datang mendekat.

"Aku lambat ke? Ah aku tahu aku tak lambat kan? K-kenapa kau panggil aku?" Tanya Jangmi selepas nafasnya kembali normal. Semput dia tu.

"Saja." Jangmi terpingga-pingga mendengar jawapan dari minho. Penat dia bergegas berlari kesini, dan lelaki itu boleh cakap 'saja'? Jangmi mendengus kasar. Dadanya mula berombak menahan kemarahan.

Minho mengangkat kening tatkala melihat perubahan wajah Jangmi. Dia memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar sembari membuat muka tidak bersalah.

"Kau marah?"

Jangmi tercengang. What the?

Dia mengetap bibir. Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan-lahan. Langkah diatur mendekati minho. Senyum palsu ditayang.

"Eh taklah. Siapa je nak marah bila orang tu call lepastu bagi kita masa dua puluh saat je pergi rooftop kolej? Also, siapa je nak marah kalau orang tu penyebab kita ni hampir terjatuh dekat tangga tadi? Apa-apa pun aku tak marah." Jangmi menyatukan kedua telapak tangannya seraya membongkokkan badan.

Saat Jangmi berdiri menegak semula, sebuah jentikan singgah di dahinya.

"Auw, eish kau ni kenapa?" Marah Jangmi sambil mengusap dahinya. Aduh, mesti merah dahi dia.

"Kalau marah tu, jujur jelah. Tak payah nak sindir-sindir aku. Ingat aku tak tahu?" Jangmi menjeling minho tajam. Tahu pun dia sindir. Tahu pun dia marah. Lagi nak tanya 'kau marah?'. Huh. Hensem tapi otak tak ada.

"Siapa lelaki tu? Bukan aku dah suruh kau putuskan semua jantan yang in relationship dengan kau malam tu?" Soal minho. Nadanya berubah serius. Jangmi berundur ke belakang saat minho tiba-tiba maju ke depan. Spontan dia mengangkat kedua tangannya.

"Wo wo relax. Lelaki tu ex aku je. Aku memang dah putuskan boyfriend aku macam yang kau minta. Erk tapi diorang semua yang ganggu aku. Hehe. Betul! Aku tak tipu." Jelas Jangmi jujur. Minho menjegilkan matanya menatap Jangmi.

"Anyway, eherm. Terima kasih sebab call." Minho berkerut. Dia menegakkan semula tubuhnya.

"For?" Jangmi menayang sengihan.

"Sebab call dari kau, selamatkan aku dari jawab soalan pelik dari dia." Jangmi mendepakan tangannya luas lalu memeluk leher minho. Kaki dijengketkan sedikit, sebuah kucupan lembut berlabuh di pipi minho.

"Sebagai tanda terima kasih." Bisik Jangmi sebelum melepaskan leher jejaka itu. Jangmi tersenyum manis pada minho yang masih menatapnya.

"Bye, aku pergi dulu."

"Wait." Minho menahan lengan Jangmi.

"Kenapa?" Jangmi berkerut.

"Aku ikut."

"Tapi kau ada kelas."

Minho tersenyum sinis.

"F*ck class. Let's go. Aku nak dating dengan kau."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang