ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Tangannya sibuk mengoles meratakan losyen ke kulitnya. Rambut diikat messy bun memperlihatkan leher jenjangnya. Perbuatan Jangmi terbantut apabila telefonnya berbunyi. Lantas dia mengambil telefon lalu melihat nama si pemanggil.
"Cih." Jangmi berdecit. Sengaja dia memperlambatkan waktu untuk menjawan panggilan tersebut.
"Kenapa lambat angkat? Sengaja?" Sangkal minho di corong telefon. Jangmi hanya memasang raut wajah selamba.
"Kenapa call?"
"Turun bawah sekarang."
"Apa? Huh. Tak ada. Dah malam. Aku malas. Ngantuk." Laju Jangmi memberi alasan agar dia tidak bertemu dengan minho.
"Turun. Atau aku naik. Aku tahu appa kau tak ada dekat rumah sekarang kan?" Tebak minho. Jangmi menggigit bibir. Macam mana minho tahu? Aduh mesti Haein yang bagitahu ni sebab dia saja yang tahu.
"Hm malaslah minho. Aku penat." Setelah itu, panggilan tamat. Jangmi berkerut. Dia memandang skrin telefon bimbitnya.
"Cepatnya." Jangmi menggeleng. Telefonnya diletakkan semula di atas meja solek lalu menyambung kerjanya yang terbelengkalai disebabkan minho tadi.
Setelah itu Jangmi bangun, dia berlalu keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah. Dapur dituju. Pintu peti ais ditarik. Matanya jatuh pada segelas air susu coklat sembari tersenyum lebar. Gelas itu terus dicapai olehnya bersama beberapa kek coklat sebelum menutup peti ais semula.
Pungung dihenyak di atas kerusi. Selepas selesai mengisi perut, dia mengatur langkah ke tingkat atas. Perut yang sedikit membuncit itu diusap sambil ketawa. Bak kata orang, perut kenyang hati pun senang.
Jangmi masuk ke biliknya lalu menutup pintu. Baru sahaja dia mahu baring, matanya tertancap pada pintu gelangsar balkoni yang terbuka luas. Segera dia menghampiri pintu tersebut lalu menutupnya.
"Aku lupa tutup kot, kan? Hm." Jangmi berkerut pelik. Dia menggigit bibir bawahnya lalu berpaling ke belakang.
"Ah kamchagiya." Jangmi mengusap dada, nafasnya berubah rentak tatkala seseorang tiba-tiba sahaja berdiri belakang.
"Terkejut?" Minho menyoal tanpa rasa bersalah. Tubuh Jangmi ditolak agar bersandar pada pintu gelangsar. Tangannya diletakkan di kiri dan kanan jangmi.
"Ni rupanya kucing yang buka pintu ni and masuk dalam bilik orang sesuka hati? Tch tak malu ke?" Sindir Jangmi. Minho tidak membalas sebaliknya dia terkekeh sinis.
"Apa kau buat di sini? Berambuslah. Aku nak tidur." Dia cuba untuk menolak minho jauh darinya namun tidak berjaya. Malah lelaki itu semakin mengeraskan tubuh adalah.
"Nope. You know how much this cat miss you?"
"Pardon?" Jangmi menayang riak geli. Euw please.
Minho tersenyum senget lalu menghapus jarak mereka berdua sedikti demi sedikit. Dia beralih ke batang leher Jangmi yang menarik perhatiannya sejak tadi. Hidungnya digeselkan disana.
Wangian yang datang dari tubuh gadis itu membuatkan dia khayal.
"Minho..."
"Shhh, just enjoy this moment." Tangan lelaki itu beralih ke pinggang Jangmi. Sudut bibir minho ternaik apabila telinganya menangkap desahan manja terbit dari bibir Jangmi.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
okay?

ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
FanfictieKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."