ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Baru sahaja Jangmi mahu keluar dari kereta, taeyong terlebih dahulu menahan gadis itu. Rahang Jangmi ditarik lembut oleh taeyong agar jangmi memandangnya. Walaupun tatapan yang diberikan jangmi adalah tatapan kosong tetapi dia tidak kisah.
"Nanti habis kelas, i ambil you okay?" Pesan Taeyong bernada lembut.
"Suka hati you lah, tae. I ikut je." Balas Jangmi acuh tak acuh. Dia merentap lembut lengannya dari genggaman taeyong seraya keluar dari perut kereta.
Tidak sampai sepuluh langkah Jangmi berjalan, seseorang menekup mulutnya dari belakang. Tubuhnya ditarik secara paksa. Dia mahu melawan, tetapi niatnya terbantut saat haein berdiri di hadapannya sambil meletakkan jari dibibir. Jangmi berkerut.
"Ikut aku." Jangmi yang masih tidak mengerti apa yang terjadi hanya menurut. Dia dibawa masuk ke dalam kereta seseorang. Belum sempat dia mahu keluar, Junho terlebih dahulu mengunci pintu kereta.
"Yah, apa ni? Aku nak masuk kolej." Marah Jangmi. Sudahlah tarik orang macam gaya nak menculik, sekarang ni nak bawa dia pergi mana pula?
"Jangmi, aku ada benda nak bagitahu kau." Kata Haein. Jangmi terpaksa memberi ruang tatkala gadis itu mahu berpindah ke tempat duduk belakang. Junho pula tenang memandu di hadapan.
"Tak boleh bagitahu nanti ke? Lepas habis kelas ke? Aku dah tak ada masa ni, haein. Kelas aku nak mula sepuluh minit lagi." Gelengan dari haein membuatkan jangmi mendengus. Kedua tangan Jangmi dipegang haein.
"Jangmi-ah, aku harap kau dapat kekal bertenang selepas aku bagitahu benda ni. Aku tak boleh tunggu lagi. Tunggu lepas habis kelas, lama sangat." Jangmi berdecit. Penting sangat ke apa yang haein nak sampaikan ni sampai tak boleh tunggu dia habis kelas dulu?
"Hm, apa dia?" Jangmi bertolak ansur. Tak apa lah. Sekali sekala ponteng kelas, bukan selalu.
Haein tersenyum sebelum membuka mulut menjelaskan apa yang sedang berlaku. Sepanjang Haein berbicara, Jangmi hanya senyap. Namun jelas raut terkilan terlakar di wajahnya. Sampai begitu sekali tekad minho mahu menyakiti hatinya.
"Jangmi, aku betul-betul minta maaf. Kalau aku tahu semua ni dari awal, memang aku halang kau dekat dengan dia." Ucap Haein. Dia mula gelisah apabila jangmi hanya diam. Ini semua salahnya!
"Jangmi, saya tak akan benarkan hyung jumpa awak lagi lepas ni." celah junho. Dia hanya menjadi pendengar sahaja sedari tadi.
"Jangmi, kau okay kan? Weh jawablah! Jangan buat aku risau." Gesa Haein. Perasaan risaunya semakin menjadi-jadi tatkala mendengar keluhan berat kawan perempuannya.
"Aku memang tak boleh bahagia dengan orang yang aku sayang kan, haein?" Haein memasang raut sedih. Jangmi memejamkan mata lalu tertawa kecil. Mengejek dirinya sendiri.
"Aku percaya dia...." Jangmi ketawa lagi. Junho melihat situasi Jangmi melalui cermin pandang belakang.
"Aku percayakan dia macam orang bodoh. In the end, dia cuma main-mainkan aku."
"Jangmi, jangan macam ni please? Kau masih ada aku, remember? Aku ada." Jangmi hanya membiarkan sahaja Haein mengusap lengannya. Dia sudah penat untuk menghadap permainan dunia. Penat sangat.
Mula-mula Taeyong dengan Tuan Geum. Sekarang, minho pula? How funny? Tch.
"Dah lah. Aku nak lupakan semuanya. Lagipun tak lama lagi aku disatukan dengan taeyong." Haein dan junho terkejut.
"Bila? Wait, taeyong?"
"Hujung minggu ni."
Akibat rasa terkejut, junho menekan break dengan mengejut.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

YOU ARE READING
ATTENTION
Fiksi PenggemarKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."