enam puluh lapan

105 19 10
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

"Jangan ikut aku." Pesan Jangmi senada sebelum keluar dari kereta tadi. Junho memegang bahu kiri Haein. Senyum tipis dihadiahkan buat gadis itu saat haein memandang ke arahnya.

"Awak jangan risau. Saya pasti jangmi akan okay." Kata junho menyedapkan hati Haein. Dia tahu haein sayangkan Jangmi memandangkan mereka sudah lama berkawan. Jadi wajarlah jika Haein merisaukan Jangmi.

"Aku cuma risau. Jangmi tu kadang-kadang cuai." Luah Haein. Junho mengemam bibir lembut.

"Tapi awak kenal dia kan? Dia tak akan buat kerja gila." Haein menghembus nafas. Anasir negatif yang menjengah fikirannya diusir secepat mungkin. Dia percaya Jangmi.

Jangmi termenung sambil berjalan. Pelanggaran bahu dengan pelajar lain juga tidak di endahkan. Jangmi tiada mood mahu bergaduh dengan orang apatah lagi mahu berbicara dengan orang. Dia benar-benar kecewa ketika ini.

Seungmin yang baru selesai keluar dari kawasan kafe terserempak dengan Jangmi. Lantas dia menghampiri Jangmi dan menegur.

"Jangmi, nak pergi mana?" Pertanyaan seungmin hanya dibiarkan sepi. Seakan-akan seungmin tidak wujud disitu. Reaksi kosong Jangmi membuatkan lelaki itu berkerut dahi. Rasa pelik menjalar hatinya.

"Jangmi, hey." Pergelangan tangan Jangmi ditarik lembut. Walaupun tubuh gadis itu menghadapnya, namun anak mata Jangmi tidak melihat ke arahnya.

"Jangmi, kau okay? Kenapa kau macam tak bermaya?" Tanya seungmin. Jangmi tidak menjawab, malah dia menarik lengannya.

"Jangan ganggu aku." Ujar Jangmi senada. Dia terus menyambung langkah yang tergendala tadi. Seungmin di belakang, merenung belakang tubuh jangmi lama. Apa yang sudah terjadi hingga menyebabkan Jangmi berkelakuan seperti itu?

"Huh, dia pun sama. Lelaki tak guna." Gumam Jangmi perlahan. Semua lelaki yang mendekatinya, semuanya tidak berguna. Kecuali Junho. Bahkan kepercayaan Jangmi terhadap lelaki juga semakin memudar.

Tiba di rooftop kolej, jangmi terus duduk di atas penghadang itu. Kakinya dibiarkan terjuntai.

"Weh, tu bukan geum jangmi ke?"

"Apa dia buat duduk dekat situ? Bahayalah!"

Jangmi menghiraukan suara-suara sumbang yang berbicara tentangnya. Dia mengambil telefonnya lalu menaip sesuatu sebelum ditunjukkan pada mereka yang berada di bawah.

"Aku tak bunuh diri, jadi jangan risau."

"Fuh, aku ingat dia nak bunuh diri."

Jangmi menyimpan semula telefonnya. Angin di atas rooftop mendayu-dayu menyapa kulit wajahnya. Rambut yang dibiarkan lepas beralun seiring dengan tiupan angin.

Raut wajahnya tenang namun tidak setenang hati dan mindanya.

"Want some?" Seseorang menghulur sepuntung rokok yang sudah siap dibakar di hujungnya pada jangmi. Dia menoleh sekilas. Rokok itu langsung tidak di ambil olehnya. Maaf, tapi jangmi sayangkan paru-paru dia. Nak guna lama katakan.

Menerima penolakkan Jangmi, akhirnya minho memadamkan api di hujung rokok tersebut. Mereka berdua berdiam diri menikmati pemandangan yang tersedia di hadapan. Ini merupakan pertama kali minho menegur jangmi setelah sekian lamanya menjauh.

"Apa kau buat dekat sini? Duduk atas penghadang. Gaya macam nak bunuh diri. Tch, kalau ya pun kecewa dengan boyfriend, tak payahlah sia-sia kan nyawa kau untuk dia." Kata minho sinis berbaur perlian pada Jangmi.

"Yes. Aku memang nak bunuh diri." Mendengarkan itu, minho menatap jangmi tajam.

"Jangan jadi bodoh, Geum Jangmi." Nama gadis itu disebut. Jangmi ketawa.

"Kau amnesia. Jadi tak perlu pura-pura ambil berat pasal aku." Jangmi mendongak memandang langit.

"You know? I disappointed.." jeda. Jangmi memejamkan kedua matanya.

"How can i be so disappointed with you, minho?"

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang