ATTENTION
🌼 • 🌼 • 🌼
Selepas sahaja kereta audi milik taeyong hilang dari ruang penglihatannya, lantas Jangmi mengatur langkah ke arah bertentangan. Dia hanya berjalan kaki di sepanjang jalan. Kereta yang lalu-lalang tidak diendahkan.
Peduli apa dia? Bukan dia kacau orang pun.
Sesaat, dia berhenti lalu menunduk memandang kasut tumit tinggi yang sedang dipakai olehnya. Kemudian, dia mencabut kasut itu dari kakinya.
"Tch." Jangmi berdecit lalu membuang kasut itu ke tepi. Biarlah, tumit kasut tu dah patah. Memang patut kena buang.
"Eh ada perempuan cantik dekat sini." Jangmi tersentak. Raut wajahnya berubah ketat tatkala mendapati dua orang lelaki menghampirinya bersama sengihan lebar. Ingat comel?
"Euw bau apa ni? Urg disgusting." Jangmi menutup hidung saat terhidu aroma tidak menyenangkan datang dari lelaki tersebut.
"Sayang, nak ikut saya balik tak? Kita bermain sepanjang malam dekat rumah saya." Jangmi menepis tangan lelaki yang cuba untuk menyentuhnya itu dengan riak geli. Ada hati nak sentuh-sentuh dia, lempang nak?
"Excuse me."
"Ikut jelah. Halamak, perempuan ni. Nasib kau cantik, kalau tak dah lama aku tolak kau dekat jalan raya tu." Ujar kawan lelaki itu pula. Jangmi berdecit. Kalau dia hodoh, agaknya apa yang jadi?
"Sayang.." Jangmi memejam mata. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan.
"Kau yang minta."
Minho memperlahankan boncengan ketika dia melihat seorang gadis membelasah dua orang lelaki. Tidak berfikir panjang, dia terus menghentikan motor kawasaki ninja miliknya di bahu jalan tatkala gadis itu ditampar kuat oleh salah seorang dari mereka.
Setelah enjin dimatikan, dia membuka helmet dan terus menghampiri mereka. Tanpa berkata apa-apa, helmet tersebut dilayangkan ke wajah mereka. Langsung tidak dilepaskan dua orang lelaki tadi dari terkena serangannya.
"Kau siapa?! Tiba-tiba datang belasah kitaorang." Hambur lelaki yang dibelasah Minho. Hidung lelaki itu berdarah akibat hentakan helmet yang keras.
"Kau kacau hak aku. Berambus!" Dengan sekali tempikan sahaja, berjaya membuatkan dua orang lelaki itu berlari tidak cukup tanah.
Minho berdecit lalu berpaling melihat Jangmi yang terduduk sambil memegang pipi. Minho menghampiri Jangmi, dia duduk mencangkung di hadapan gadis itu.
"Kau memang sengaja cari nahas jalan seorang diri dekat tempat macam ni ke? Nak kena rogol dengan dua jahanam tadi?" Jangmi mengeluh. Sudahlah pipi dia sakit, orang depan dia ni pula nak membebel. Tambah sakit pipi dia.
"Huh, diamlah." Jangmi segera bangkit. Daripada dia lama-lama duduk, baik dia berambus.
Tidak sampai lima langkah dia berjalan, lengannya direntap dari belakang membuatkan dirinya spontan berpaling. Wajah sinis Minho menyapa kornea penglihatan Jangmi.
"Kau pergi macam tu je? Tak reti ucap terima kasih? Hm, babygirl." Jangmi menayang riak geli mendengar panggilan itu.
"Terima kasih." Ucap Jangmi acuh tak acuh. Minho tergelak sinis.
"Ikut aku balik."
"What? No!"
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
FanfikceKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."