lima puluh lapan

90 20 8
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Dalam keheningan malam itu, dua orang lelaki berpakaian serba hitam sedang merancang sesuatu. Di tangan mereka terdapat dua botol besar minyak hitam. Setelah memastikan semuanya aman, mereka cepat-cepat menuang minyak tersebut di atas jalan tar.

"Blah jom." Arah salah seorang dari mereka sebelum masuk ke dalam kereta dan beredar.

Minho melirik telefonnya yang bergetar. Tertera nama pretty bitch di sana. Tidak lain dan tidak bukan, sudah tentu panggilan itu daripada Jangmi. Namun sekarang dia tiada mood mahu menjawab panggilan gadis tersebut.

Dia masih berada di dalam dilema sama ada mahu meneruskan hubungannya dengan gadis itu ataupun tidak. Selepas apa yang diberitahu oleh Tuan Lee, hatinya berbelah bagi. Mustahil dia akan bahagia bersama anak kepada orang yang sudah menyebabkan kematian Puan Lee.

Akan tetapi dia tidak dapat menafikan rasa sayangnya terhadap jangmi. Separuh hatinya menginginkan gadis itu manakala separuh lagi menyatakan yang sebaliknya.

"Sedia!"

Visor helmet mula diturunkan. Ahli kumpulan crime's dan cleaer bersorak kuat. Dia mahu melepaskan tekanannya dengan cara seperti ini.

"Mula!"

Tidak menunggu lama, keduanya mula pecut dengan laju. Seperti perlumbaan sebelumnya minho berjaya mengatasi serim. Tanpa melihat kiri dan kanan, motor kawasaki ninja kepunyaan minho terus sahaja memecut sehingga dia tidak menyedari serim sudah pun memperlahankan boncengan.

"Mampus kau malam ni!" Serim tersenyum sinis. Malah senyumannya bertambah lebar tatkala motor yang dibonceng minho sudah hilang kawalan.

Tanpa ada niat mahu menolong, dia terua beredar dari sana. Meninggalkan minho yang terlantar di atas jalan tar dalam keadaan berlumuran darah. Rancangannya untuk perdajjal minho malam ini berjaya.

Langit malam memenuhi ruang penglihatan minho. Nafasnya tidak teratur, seluruh tubuhnya teramat sakit. Anggota badannya seakan-akan tidak berfungsi. Minho menoleh ke sebelah melihat telefonnya yang terjatuh tepat di sebelah kanan. Tidak putus-putus jangmi menelefonnya.

Dia cuba untuk mengapai telefon namun gagal. Semakim dia memaksa diri, semakin kesakitan mencucuk-cucuk. Mata pula serasa semakin berat. Pandangan juga jelas kabur. Dan akhirnya, semua menjadi gelap.

"Dia masih tak angkat call kau?" Soal Haein. Ketika ini mereka berdua sedang duduk ruang tamu untuk menonton televisyen. Puan Park pula sudah lama melelapkan mata.

Cupcake coklat di ambil lalu disuakan ke mulut. Sedap! Tengoklah siapa yang buat?

"Tak. Aku risaulah, Haein." Jelas terukir di wajah jelita Jangmi riak kerisauan. Gadis itu juga tidak lepas menghantar pesanan pada minho agar segera mengangkat panggilan.

"Letaklah dulu telefon kau tu. Mana tahu dia sibuk ke apa sampai tak dapat nak jawab call kau? Jangan kusutkan fikiran kau dengan perkara negatif. Tak baik." Tegur Haein berbaur nasihat. Tahulah kawan dia ni sedang hangat bercinta tapi sekurang-kurang cuba bagi masa dengan diri masing-masing. Haih.

Jangmi mengeluh. Dia menurut. Mug berisi susu dicapai olehnya. Anak mata tertuju ke kaca televisyen. Baru sahaja dia hendak meneguk susu tersebut, berita yang terpapar membuatkan jantungnya mengepam darah dengan laju.

"M-minho."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang