empat puluh satu

127 21 13
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Segelas vodka terakhir yang berada di pegangan itu diteguk hingga habis. Gelas kaca tersebut dihentak sedikit kasar di atas meja. Kebingitan di dalam kelab malam tidak menganggu dirinya untuk terus berada disitu.

Kemudian, anak matanya tertuju pada segerombolan manusia yang berkumpul di tengah-tengah ruangan. Menari sakan, tidak kira perempuan mahupun lelaki. Sentuh-menyentuh sudah menjadi kebiasaan disana.

Bibir atas jejaka itu terjungkit naik tatkala melihat ahli cleaer yang sedang berfoya-foya bersama dua orang perempuan. Dasar tamak! Dengus serim kasar.

Bayangan si pemilik nama Geum Jangmi bermain di minda. Gadis itu sedang tersenyum padanya. Sayangnya, itu semua hanya dalam bayangan serim sahaja. Tetapi realitinya, Jangmi sangat jual mahal dengan dia.

"huh, sepatutnya dia ikut aku balik malam tu. tak guna leeknow! dia hancurkan rancangan aku!" Serim meraup kasar rambutnya. Serabut apabila difikirkan semula bagaimana minho terlebih dahulu membawa jangmi pergi.

Air yang dia serahkan pada gadis itu sudah dicampur dengan pil peransang. Seharusnya malam itu merupakan malam yang indah bagi dia dan Jangmi. Hanya mereka berdua. Tiada sesiapa yang menganggu.

Tapi kerana adanya minho, semuanya menjadi kacau!

"Next time. Tch. Aku akan pastikan dia jadi milik aku." Tekadnya.

"Leeknow hyung, sudah. Nak pecah aku tengok punching bag tu kau buat." Tegur seungmin. Dia menggeleng saat punching bag yang menjadi mangsa tumbukan minho remuk. Sudah kelihatan agak nazak.

"Apa kau buat dekat sini? Patutnya kau join diorang enjoy dekat sana." Balas minho bernada biasa. Peluh-peluh kian membasahi tubuhnya. Rambut hitam milik lelaki itu tidak usah cakap. Memang lencun.

Keadaan di dalam gym agak lenggang memandangkan tidak ramai yang datang hari ini. Seungmin menyilang tangannya dibawah dada. Dengan riak yang dingin, dia mula berbicara.

"Kenapa aku rasa harini kau macam tertekan?" Minho menghentikan tumbukannya. Nafas yang termenggah-menggah itu dibetulkan.

"Mana ada. Perasaan kau je." Nafi Minho. Dia mencapai air mineral yang diletakkan di atas lantai lalu diminum. Membasahkan tekak yang kering.

Seungmin tersenyum senget mendengar jawapan minho. Silap orang kalau minho nak tipu.

"Kau yakin kau tak tertekan? Habis kenapa punching bag ni dah nak hancur? Tch, masih nak nafikan?" Sindir seungmin. Minho hanya membuat bodoh. Malas dia mahu melayan sindirian dari orang kanan kumpulannya itu.

"Aku nampak dia keluar dari kondo kau pagi tadi." Tutur seungmin tanpa memandang minho. Dia sibuk menukar punching bag yang sudah nazak itu ke punching bag yang baru.

"Aku nampak dia nangis. Aku rasa hati dia betul-betul hancur." Minho memutuskan untuk diam dan mendengar apa yang disampaikan oleh seungmin. Senyum pendek yang dihadiahkan seungmin seolah-olah sedang mencabar dirinya.

"Harini kau dengan dia jadi strangers semula. Jadi, aku rasa aku ada harapan untuk rapat dengan dia. Kan?" Minho terkekeh kecil. Dia mengambil langkah mendekati seungmin.

"Kau sanggup ambil bekas aku?" Seungmin beriak tenang. Dia tahu minho cuba untuk memprovok dirinya.

"Kau second lead kumpulan crime's merangkap kawan aku. Jangan cuba-cuba rampas apa yang dah jadi kepunyaan aku, faham?"

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang