enam puluh empat

100 19 13
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

"Geum Jangmi!" Suara Miss Miho memetir menyebut nama gadis itu. Tidak kurang juga dengan cerlungan tajam turut dilemparkan pada Jangmi. Kerana suaranya yang kuat, semua pelajar yang berada di dalam kelas tersebut menundukkan kepala.

"Weh, Miss panggil kau." Haein yang duduk di sebelah Jangmi mengejutkan gadis itu dari terus tidur. Jangmi ni memang suka cari masalah. Cari masalah bukan dengan calang-calang orang.

"Apa?" Jangmi mendengus sebelum menegakkan tubuhnya. Pandangan terhala ke hadapan. Miss Miho melihatnya sambil bercekak pinggang bersama raut wajah marah.

"Kalau kamu tak nak belajar, keluar dari kelas saya! Saya tak perlukan pelajar seperti kamu disini." Jangmi menghela nafas. Dalam beberapa hari ini, sudah dua kali dia di halau keluar dari kelas oleh lecturer.

Jangmi lantas bangkit tanpa banyak bunyi. Beg silang disangkut ke bahu. Dia terus berlalu keluar tanpa ada untuk meminta maaf pada Miss Miho. 

Masuk sahaja ke dalam tandas, Jangmi terus membasuh mukanya.

"Apa dah jadi dengan kau ni?" Jangmi menatap pantulan dirinya dari cermin. Nafas ditarik dalam lalu dihembus perlahan, cuba untuk menenangkan diri. Rambut dikuak ke belakang.

Setelah itu, Jangmi berlalu keluar dari tandas. Moodnya sudah hilang. Laju langkah kaki seakan-akan sedang berlari tanpa melihat kiri kanan. Kunci kereta dikeluarkan dari dalam beg.

"Ya---" Jangmi terjerit kecil saat dia terlanggar seseorang. Sekaligus membuatkan dia hilang keseimbangan badan. Nasibnya baik apabila seseorang menarik pinggangnya sebelum dia tersembam jatuh ke jalan tar.

"kau okay, Geum Jangmi?" Mendengar suara maskulin itu, jangmi segera mencelikkan mata yang terpejam tadi. Terpapar wajah seungmin di kornea matanya. Lama mereka berkeadaan seperti itu, sebelum suara seungmin menyedarkan Jangmi dari terus mengelamun.

"Kau suka ambil kesempatan, hm?"

"Ah, sorry. Aku tak sengaja." Cepat-cepat Jangmi menjarakkan dirinya dari lelaki itu. Seungmin menarik senyum tepi bibir. Bukan dia tidak perasan pipi yang berona merah itu.

"Uyo, kim seungmin. Orang kanan kumpulan crime's. Dah pandai kau eh?" Bahu seungmin dirangkul disertai dengan usikkan dari jisung. Senyum nakal tersungging menghiasi wajah kacak jisung. Dia melihat adegan yang tidak berbayar itu.

"Tch, jangan sentuh aku." Jisung memuncung tatkala seungmin menepis rangkulannya. Sombong! Namun semua itu tidak lama, jisung terus tersenyum sebaik mengalihkan anak matanya ke arah Jangmi.

"Lady, lama tak jumpa kau. How are you?" Baru sahaja Jisung mahu mengangkat tangannya untuk berjabat tangan dengan Jangmi, seungmin terlebih dahulu berdehem.

"Tak payah sentuh dia. Bidadari tak sentuh setan." Sindiran pedas seungmin berjaya membuatkan jisung muram. Apalah nasib dapat member macam ni? Jangmi yang memerhati turut tersenyum tipis.

"Anyway, i'm fine. Aku minta diri dulu." Jangmi terus mengambil langkah tanpa menunggu balasan dari mereka berdua.

"Bye, lady!" Laung jisung sembari melambaikan tangannya pada Jangmi. Gadis itu berpaling ke belakang lalu tersenyum manis. Jisung terkaku. Tangannya naik menyentuh dada, merasakan degupan jantungnya.

"Aku rasa aku dah jatuh cinta." Seungmin memutar mata ke atas. Jisung ni dengan semua perempuan dia nak jatuh cinta. Malas mahu melayan, seungmin akhirnya pergi meninggalkan jisung.

"Weh, seungmin jangan tinggalkan aku!" Jerit jisung mengejar seungmin dari belakang. Sempat dia bernyanyi kecil akibat terkena panahan senyuman manis seorang gadis.

"Jatuh cinta lagi.. lagi-lagi ku jatuh cinta."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

AKU TAKDE IDEA DUHHH 😭😭😭😭

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang