ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Selepas makan malam di kondo milik minho, Jangmi bergegas pulang ke rumah. Bukannya apa, sudah lewat. Lagipula, Tuan Geum menghantar mesej kepadanya agar pulang kerana ada sesuatu perkara yang penting hendak dibincangkan. Jarang dia mendapat mesej seperti itu daripada Tuan Geum.
Entah mengapa kali ini, dia rasa tidak sedap hati untuk pulang ke rumah. Bagai ada sesuatu yang tidak dia inginkan bakal terjadi sebaik sahaja dia tiba.
"I love you, i love you, i love you." Rasa gelisahnya beransur hilang dan digantikan dengan rasa bahagia. Pipinya berubah merah. Kenapa minho suka buat dia malu macam ni? Alahai.
"Jangmi dah balik!" Ucap Jangmi setelah dia melangkah masuk ke dalam rumah. Senyum yang terlakar tadi kini memudar.
"Apa you buat dekat sini?" Tanya Jangmi tegas meminta kepastian pada Taeyong.
"Jangmi, duduk kejap. Appa ada benda nak bagitahu." Tegur Tuan Geum. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia menurut sahaja perintah Tuan Geum. Dia memandang Taeyong tidak puas hati. Lelaki itu asyik tersenyum-senyum padanya. Dah kenapa ni?
"Kenapa appa? And why dia dekat sini? Jangmi tak rasa rumah kita ni tempat orang singgah sesuka hati right?" Tuan Geum berdehem.
"Kamu tak bagitahu appa pun yang kamu ada hubungan dengan taeyong? Senyap-senyap. Kalau tak, appa dah lama buat benda ni." Jangmi semakin tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Tuan Geum. Benda? benda apa?
"Appa, jangmi cuma nak tahu apa dia buat dekat rumah kita ni? Jangmi tak faham."
"Sayang, i dah bincang dengan appa you tentang rancangan kita."
"Hah? Rancangan apa?" Taeyong tersenyum manis sebelum menjawab.
"Kita kahwin." Jangmi terkedu. Dia silap dengar kan?
"Appa tak kisah kalau Jangmi dengan taeyong disatukan. Sekurang-kurangnya, syarikat kita dapat diperluaskan lagi dengan adanya bantuan dari taeyong. Jangmi, kamu sudi kan terima taeyong?" Jangmi tergamam. Dia tidak tahu harus memberi jawapan apa. Otaknya kosong ketika ini seakan gagal untuk berfungsi sepenuhnya.
"I dah tunaikan janji i, sayang. I dah lamar you. Sekarang i cuma nak you bersiap sedia dengan perkahwinan kita." Kata Taeyong. Dia sudah berbincang dengan Tuan Geum tadi dan telah dipersetujui oleh ayah gadis itu.
"Tapi i tak bagi jawapan lagi--"
"I don't need your answer, sayang. I cuma perlukan persediaan you untuk majlis kita." Jangmi mengepal tangan membentuk penumbuk. Rasa amarah kini bangkit membuak-buak. Lantas dia berdiri dan meninggalkan dua orang lelaki itu di ruang tamu.
"Jangmi! Kamu nak pergi mana tu? Jangmi!" Laungan namanya tidak dipedulikan oleh Jangmi. Dia menghidupkan enjin dan berlalu pergi dari rumahnya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan taeyong, dan sekarang lelaki itu mahu memaksa dia pula?
Nonsense!
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."