ATTENTION
🌼 • 🌼 • 🌼
Telefon pintarnya direnung lama sambil duduk bersila di atas tilam itu. Tangan disilangkan di bawah dada, jari telunjuknya mengetuk-ngetuk siku. Bibir bawah digigit. Sejak balik dari kolej tadi, dia menanti panggilan dari minho.
Seharusnya tadi mereka bertemu tetapi dia tidak terserempak dengan kelibat lelaki itu dimana-mana. Jadi Jangmi menyedapkan hatinya dengan berfikiran positif. Mungkin kelas minho tamat awal berbanding kelasnya dan disebabkan itu minho pergi terlebih dahulu kerana ada hal yang mustahak barangkali.
Telefon mulai berbunyi. Tidak menunggu lama, dia terus melihat notifikasi yang masuk. Sesaat, mukanya berubah kelat apabila mesej yang masuk adalah dari Tuan Geum. Jangmi mencebik lalu membaling telefonnya ke atas lantai.
Dia anak orang kaya. Jangan risau. Telefon retak sikit tu tak ada masalah dengan dia. Boleh ganti baru.
"Hmp!" Minho mesti lupa pasal dia. Hmp! Merajuklah macam ni.
"Kau kenapa hanat? Kau ingat bilik aku ni tempat pembuangan sampah sarap macam ni?" Marah Haein. Selamba dia mengambil telefon Jangmi dan diletakkan di atas meja belajar. Dia pantang bila orang sesuka hati membuat sepah biliknya.
Haein mengambil tempat duduk di sebelah Jangmi. Dia mengangkat sebelah kening tatkala menyedari betapa kelatnya wajah gadis itu.
"Kau kenapa ni? Moody je aku tengok memanjang. Minho lari dari kau ke?" Tanpa memikirkan perasaan Jangmi, selamba saja Haein bertanya seperti itu. Seolah tidak merasa ada yang salah dengan pertanyaannya.
"Hmmm." Jangmi mengemam bibir. Seketika kemudian satu idea bernas menjengah mindanya.
"Weh, jom buat cupcake!" Ajak Jangmi bernada ceria. Haein terkebil-kebil. Wow! Cepat betul mood kawannya ini berubah. Jangmi bangun lalu keluar dari bilik.
Serasa tiada pilihan lain, Haein terus membontoti Jangmi dari belakang. Bukan boleh percaya Jangmi tu. Sudahlah tidak tahu masak, ni kan pula nak buat cupcake? Memang hancur lah dapur Puan Park jawabnya.
Malam menjelang tiba, seperti yang dijanjikan oleh dua kumpulan itu. Mereka berkumpul di tempat baru. Kali ini mereka bakal berlumba dengan jarak yang agak jauh dari bandar. Kiri dan kanan terdapat pohon-pohon besar. Bunyi enjin motor yang kuat memecah kesunyian tempat tersebut.
"So, long time no see huh? Leeknow." Bongkak serim menegur minho. Dia menghadiahkan senyum sinis buat lelaki itu namun dibalas dengan tatapan datar oleh minho.
"Jangan sombong, leeknow. Malam ni kita berbaiklah sekejap sebelum mula. Ini perlumbaan terakhir. Lepasni, aku tak nak lagi berlumba dengan kau. Aku tak akan ganggu kau lagi." Ujar Serim. Dia menepuk bahu minho lembut.
"Macam mana aku nak percaya dengan kau? Tak serik-serik kalah, masih nak berlumba dengan aku." Balas minho. Serim meletuskan tawa kecil.
"Malam ni kau boleh letakkan kepercayaan kau dekat aku."
Ting!
"Woah dah siap." Jangmi bertepuk tangan senang saat melihat cupcakenya sudah siap dimasak. Dengan sabar dia menanti Haein yang sedang menggeluarkan cupcake dari oven.
"Auch." Jangmi mengaduh. Jarinya ditiup. Haein yang memerhati itu menggelengkan kepala.
"Jangan gelojoh. Panas lagi ni." Jangmi tersengih.
Tiba-tiba dia senyap. Dadanya disentuh.
"Haein.."
"Hmm?"
"Aku tak sedap hatilah."
Haein mengangkat kening. Dah kenapa ni?
"Perasaan kau je tu."
"Hmm, aku naik atas dulu. Nak call minho." Pamit Jangmi. Dia terus beredar dari dapur.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."
