ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Aku minta diri dulu. Sorry sebab tak dapat nak teman kau shopping. Harini adik aku baru balik dari kanada." Ujar Haein. Dia serba salah dengan Jangmi. Yelah, semalam mereka sudah janji mahu menghabiskan duit sama-sama tapi tup-tup dia terpaksa batalkan janji mereka.
"Alah tak apa. Lain hari kan ada. Aku okay je shopping seorang diri." Balas Jangmi. Haein mencebik. Nampak sangat Jangmi berjauh hati dengan dia.
"Jangmi, sorrylah. Aku janji lepasni aku belanja kau makan bila kita keluar shopping, okay? Ah sementara aku tak ada ni, kau ajaklah junho keluar." Cadang Haein.
"Malaslah. Baik aku rehat je dekat rumah."
"Jahat. Cakap jelah kau tak nak ajak dia." Jangmi memutar mata ke atas lalu mengetuk kepala Haein. Mulut betul-betul tak ada insurans, lepastu suka fikir buruk pasal dia. Jangmi ni jahat sangat ke?
"Berambuslah sana. Sakitkan hati aku je." Haein tersengih tidak bersalah. Dia memeluk Jangmi dari tepi.
"Jangan marah. Aku gurau jelah. Okaylah aku pergi dulu. Bye." Sempat Haein memberi flying kiss pada Jangmi sebelum pergi meninggalkan kawannya itu.
Jangmi menggelengkan kepala. Macam-macam. Langkah diatur menuju ke kereta. Sengaja dia membawa kereta pada hari ini. Well nak show off lah katakan. Mentang-mentang anak orang kaya.
Kunci kereta dikeluarkan. Tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk tiba ke keretanya, tiba-tiba empat buah motor mengelilinginya. Jangmi berkerut kebingungan dengan apa yang berlaku.
Jangmi berdiri di tengah-tengah bulatan apabila keempat-empat motor tersebut berhenti. Salah seorang dari mereka turun dari motor dan menghampiri Jangmi.
"Ikut aku."
"Hah? Eh." Jangmi merentap tangannya yang ditarik oleh lelaki yang tidak dikenali itu.
"Kau ni siapa? Urg tak boleh ke biarkan aku hidup tenang ." Rungut Jangmi. Sejak beberapa hari ini, hidupnya kacau-bilau. Tidak lagi setenang dulu.
"Tch, aku pun kau dah tak kenal?" Jangmi berkerut cuma mengenali sosok tubuh yang berdiri di hadapannya ini. Apabila visor helmet tersebut dinaikkan ke atas, barulah Jangmi sedar orang itu ialah minho.
"Hm kau nak apa?" Jangmi memeluk tubuh. Sengaja tunjuk sombong dengan minho. Atau lebih tepat nak buat minho menyampah dengan dia.
"Nak denda kau." Jangmi berkerut.
"Denda apa pula ni? Apa lagi yang aku buat?" Minho berdecit geram. Dia menolak pipi dari dalam menggunakan lidah.
"Sedar pula yang kau buat salah."
"Pardon? What do you mean, Minho?" Jangmi memincing mata tatkala minho merapatkan diri dengannya. Lelaki itu merendahkan sedikit tubuh menyamakan ketinggian dengan Jangmi.
Mereka saling berbalas renungan.
"Peraturan yang pertama, tak boleh buat skinship dengan lelaki lain kecuali aku. Kau lupa?"
Tangan Minho yang memintal rambutnya itu ditepis pantas.
"Gila."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."