tujuh puluh

103 19 10
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Jeritan kuat yang datang dari bilik minho menarik perhatian junho. Dia menatap sayu pintu bilik yang tertutup rapat itu. Sejak malam tadi, minho langsung tidak keluar dari bilik setelah pulang dari kolej. Junho tidak punya keberanian untuk menegur minho semasa lelaki itu tidak berada dalam mood yang baik.

Takut dia pula yang dibelasah.

Tidak lama selepas itu, Tuan Lee pula menuju ke bilik minho. Junho hanya diam memerhati. Ekpresi muka Tuan Lee amat tegang ketika ini. Setelah pintu terbuka, Tuan Lee masuk ke dalam.

Suara-suara jerkahan Tuan Lee dan minho mula kedengaran. Junho menggigit bibir lembut. Dia tidak mahu ayah dan abang tirinya bergaduh walaupun hubungan dua beranak itu dingin. Pantas, dia menghampiri bilik minho.

Pang!

Junho terbeliak besar tatkala Tuan Lee menampar Minho. Dada lelaki paruh abad itu turun naik kerana rasa marah yang membuak-buak. Minho benar-benar mencabar keegoannya.

"Appa puas? Tamparlah lagi kalau tak puas." Tuan Lee mengetap bibir. Minho menarik senyum sinis. Tepi bibirnya berdarah akibat tamparan Tuan Lee.

"Lepas apa yang dah jadi dulu, appa masih tak malu ke? Atau appa dah tak ada rasa malu? Huh."

"Eomma mati bukan sebab appa jangmi. Tapi sebab appa sendiri! Appa abaikan eomma sampai eomma sakit. Then appa nak tahu tak? Sebelum eomma kemalangan, dia nampak appa dengan perempuan tu!"Sambung minho lagi. Bibirnya bergetar menahan rasa. Junho yang berdiri dimuka pintu tergamam.

"Minho, perkara tu dah lepas." Minho ketawa kuat. Mengejek Tuan Lee. Dah lepas tapi siapa yang ungkit?

"Eomma baru je nak lari peluk appa yang ada di seberang jalan tapi dia berhenti dekat pertengahan sebab nampak adegan murahan tu depan mata dia! Sebab rasa kecewa dia, dia tak sedar apa yang jadi. Appa tahu tak betapa hancurnya hati eomma bila dapat tahu appa curang dengan dia? Tak. Yang appa tahu appa dah gembira dengan perempuan yang tengah baring dekat atas sekarang ni!" Junho terkedu. Minho maksudkan eommanya ka? Jadi itulah sebabnya minho layan dia dingin selama ini.

"Lee Minho!"

"Apa? Orang yang appa tuduh bunuh eomma tu appa jangmi. Minho lagi hormat dia berbanding appa. Sebab dia tak larikan diri bila tahu diri dia bersalah. Dia bawa eomma pergi hospital. Tapi appa? eomma dah mati baru nampak batang hidung. Baru terhegeh-hegeh nak jaga minho." Minho menyeka air mata yang menitis. Rasa yang terbuku di dalam hati selama ini mendera dirinya.

"Sekarang, appa nak hancurkan kebahagiaan minho pula? Jangan ingat minho tak tahu yang appa ugut dia supaya jauhkan diri dari minho. Disebabkan appa takut dengan bayang-bayang sendiri, orang lain yang terkena tempias. Bravo lah, sekarang ni dia betul-betul dah jauh dari minho. Puas hati appa sekarang?" Minho melemparkan tatapan matanya ke arah lain. Selepas melampiaskan rasa kecewanya, dia mengambil langkah untuk keluar dari bilik.

Sempat dia berpapasan dengan Junho yang berdiri dimuka pintu. Anak mata adik tirinya itu berkaca-kaca memandangnya.

"Hyung." Minho menghela nafas lembut. Tanpa berkata sepatah perkataan, dia terus pergi.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

tak lama lagi habis

ATTENTIONWhere stories live. Discover now