ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Tangan Jangmi yang cuba untuk menolak dirinya menjauh itu pantas disambar dan ditahan di atas kepala Jangmi. Pinggang ramping Jangmi dipeluk kejap. Sudut bibir Minho ternaik.
"Kau belum langsaikan hutang kau, Jangmi. Jadi kau fikir aku akan lepaskan kau? Tch, kau larilah sejauh mana pun yang kau mahu, aku tetap akan jumpa kau. Kau tak akan lepas dari aku." Ulas Minho dengan nada keras. Matanya tajam menatap ke dalam anak mata Jangmi.
"M-minho.." Suara Jangmi tersekat di keronkong menyebabkan dia tidak dapat mengeluarkan sebarang suara. Degupan jantungnya berirama laju.
Minho tersengih sinis. Dia merapatkan wajahnya dengan Jangmi.
"Naughty girl should be punish, right?"
"H-hah?" Jangmi menggigit bibirnya gelisah. Apa pula yang minho nak buat dekat dia ni?
Tanpa sedar, bibirnya menjadi tumpuan mata nakal jejaka itu. Tanpa sebarang amaran, bibir mungil itu menjadi sasaran bibirnya. Jangmi yang terkejut tidak sempat mengelak. Tubuhnya mengejung keras seperti patung.
Otaknya seolah gagal memproses apa yang baru sahaja berlaku ketika ini. Dia hanya membiarkan sahaja lelaki itu mencumbui bibirnya tanpa membalas. Minho mulai melonggarkan pegangan pada tangan Jangmi.
"Y-yah.." Jangmi tersentak apabila ciuman beralih ke bahagian leher. Tangan lelaki itu juga ditepis dari terus berada di pinggangnya.
"Apa kau buat-- ani.. apa kita buat?" Riak wajah keliru Jangmi mengundang tawa minho. Dia memegang lembut rahang gadis itu. Bibir mungil yang kebasahan milik Jangmi diseka mengunakan ibu jarinya.
"Ini yang kau akan dapat kalau kau buat benda yang aku tak suka. Semua ni baru permulaan, Jangmi." Minho menayang senyum sinis sebelum riak wajahnya berubah beku.
"Malam ni. Aku jemput kau jam 9. Pakai seluar panjang kalau tak nak ada free show dekat jalan raya."
"Jangan cuba nak lari dari aku. Kalau tak, lagi teruk aku buat." Pesan Minho berbaur amaran sebelum melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Jangmi seorang diri.
"Honey, awak okay tak? Kenapa muka awak merah-merah? Demam ke?" Junho mengajukan pertanyaan tersebut sembari menyentuh dahi Jangmi. Menunjukkan rasa prihatinnya terhadap gadis itu.
"Geum Jangmi, kau okay tak ni?" Haein mengulang semula pertanyaan dari Junho apabila tiada sebarang jawapan yang keluar dari bibir Jangmi. Dari awal mereka berjumpa di kafe kolej tadi lagi muka Jangmi berona kemerahan. Pasal apa pun tak tahu. Nak kata demam, tak ada lah panas mana.
"A-aku rasa aku tak sihat."
"Ye ke? Mari saya bawa awak pergi hospital. Dekat mana sakit?" Jangmi memandang Junho lalu menyentuh bahagian dadanya.
"Dekat sini. Aku rasa aku dah tak betul. Jantung aku berdegup laju. Aku rasa aku dah tak lama."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
YOU ARE READING
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."