enam puluh

99 20 8
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Sedih.

Hatinya dihambat rasa pilu saat melihat sekujur tubuh berbaring kaku di atas katil hospital. Sekaligus menyebabkan air mata yang ditahan sebaik mungkin, kini telah mengalir laju membasahi pipi. Dia menghampiri katil tersebut.

Wajah minho ditatap. Terdapat beberapa luka kecil di bahagian pipi jejaka itu. Tetapi tidak menganggu ketampanan yang dimiliki olehnya.

Tangan yang kaku itu disentuh olehnya. Sejuk. Digenggam lembut seakan-akan tidak mahu melepaskan. Jangmi menghenyak punggung di atas kerusi bersebelahan katil.

"Minho..." Suara seraknya menyeru nama lelaki itu.

"Kenapa?." Jeda.

"Kenapa jadi macam ni? Kau berlumba pun agak-agaklah. Aku tahu kau sentiasa menang. Kau raja perlumbaan haram tu. Tapi sekurang-kurangnya fikirlah pasal keselamatan kau! Kau ni bodoh ke apa? Muka hensem tapi tak ada otak. Kenapa kau tak pernah fikir pasal keselamatan kau?" Marah Jangmi. Dia benar-benar terkilan. Minho langsung tidak memberi tahunya tentang bet minggu lepas.

Kemerah-merahan kulit putih bersih itu kerana terlalu marah. Ditambah pula dengan tangisan yang tidak mahu berhenti.

"Aku takut."

"Aku takut kalau aku hilang kau." Esakkan jangmi mulai bermaharajalela kembali. Tangannya mula naik menyentuh mata.

"Kau dah buat aku jatuh hati lepastu kau nak tinggal aku pula? Banyak cantik muka kau. Sekurang-kurangnya, buatlah aku bencikan kau dulu sebelum kau tinggalkan aku."

Sementara memberi masa untuk Jangmi bersendirian bersama minho di dalam wad, junho dan haein setia menunggu di luar.

"Appa kau memang macam tu ke?"

"Hah? Maksud awak?" Junho menayang riak keliru. Haein menghela nafas. Dia lupa dia sedang berhadapan dengan budak lembab.

"Maksud aku, appa kau memang layan orang macam tu ke?" Jelas Haein teliti untuk membuatkan junho mengerti.

"oh. Tak. Ni pertama kali saya nampak appa layan orang macam tu. Saya tak tahu apa salah jangmi dengan dia." Jawab Junho jujur. Dia juga pelik dengan sikap Tuan Lee yang berubah.

"Hm." Ringkas. Dingin. Itu sahaja yang dibalas oleh Haein. Melihatkan gadis itu senyap, Junho turut membuat perkara yang sama. Mungkinkah kalau dia menjalinkan hubungan dengan mana-mana gadis, Tuan Lee akan berkelakuan seperti itu?

Tiba-tiba suara jerkahan dari dalam wad menyentakkan keduanya. Mereka berbalas pandangan buat seketika sebelum bangkit dan berlari masuk ke dalam wad.

"Jangmi." Haein terus mendapatkan Jangmi. Belakang badan gadis itu diusap lembut bagi meredakan kawannya dari menangis. Kemudian, dia mengalihkan tatapannya pada minho. Lelaki itu sedang mencerlung tajam ke arah Jangmi.

"Hyung, kau dah sedar?" Junho mendekati Minho. Dalam hati dia bersyukur kerana abang tirinya sudah sedar setelah sekian seminggu lamanya dia tidak sedarkan diri.

"Kau bawa perempuan tu pergi sekarang! Suka hati saja pegang-pegang aku." Ucapan dari minho menyentakkan mereka yang berada disitu.

"Hyung, kau tak kenal dia?" Soal Junho.

"Tch, kenal? Jumpa dengan dia pun tak pernah. Macam mana aku nak kenal dia. Bawa dia pergi! Menyemak je."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONWhere stories live. Discover now