ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Hyung, betul ke apa yang kau buat ni?" Tanya Junho. Dia memandang minho meminta kepastian. Dia tahu bukan senang mahu menghadap krisis keluarga yang sedang melanda keluarga mereka sekarang.
"Ya. Aku serius dengan keputusan aku. Tak payahlah tunjuk muka sedih. Aku nak sambung belajar je. Dua tiga tahun nanti aku baliklah korea. Bukan lama pun." Tumbukan kecil dihadiahkan ke bahu junho.
Junho tertawa kecil.
"Hyung, aku nak minta maaf bagi pihak eomma pasal apa yang pernah terjadi dulu." Minho tersenyum tipis. Dia memeluk junho seketika sebelum menjarakkan diri semula. Buat pertama kali dia mendakap tubuh adik tirinya.
"Bukan salah kau. Aku tak pernah benci kau." Junho tersenyum. Baru kali ini minho menggunakan nada yang baik ketika berbicara dengannya.
"First time, hyung." Junho tersengih manakala minho berdehem.
"Kau jangan buat perangai taik bila aku tak ada." Junho memasamkan wajah. Dia budak baik apa? Tak pernah lagi nama dia tercatat dalam buku disiplin masa sekolah menengah dulu.
"Hyung tu yang patut jangan buat perangai taik dekat tempat orang. Belajar buat cara belajar. Jangan menyimpang jauh pula pergi belajar eksperimen sains." Perli junho berani.
"Busuk juga mulut kau ni kan? Mana belajar?" Minho mengangkat sebelah keningnya. Junho tidak menjawab, sebaliknya menayang senyum tidak bersalah.
"Anyway, haein-ssii." Haein yang berdiri di belakang mengangkat keningnya. Dari tadi dia hanya diam dan memerhati tingkah laku dua adik beradik tiri itu tanpa mencelah. Biarlah, junho baru nak berbaik dengan minho.
Dia menyeluk tangan ke dalam poket jaket hitam miliknya. Seutas rantai berloketkan bintang dikeluarkan lalu dihulurkan pada Haein.
"Boleh tak tolong sampaikan rantai ni dekat dia?" Pinta minho. Haein mengangguk perlahan sebelum mengambil rantai tersebut.
"Tu pun kalau saya terserempak dengan dia. Saya pun masih cari dimana dia sekarang." Kata Haein jujur. Dia pelik dengan Jangmi. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja berhenti belajar. Dia call pun langsung tidak berjawab apatah lagi menghantar mesej. Langsung tiada balasan dari gadis itu.
Entah kemana jangmi menghilang.
"Erk, kau memang tak romantik kan hyung? Rantai ni kau bagi macam tu je. Cubalah jadi romantik sikit. Jangan main langgar je." Junho menggelengkan kepala. Dia dulu pun masih dapat membuat sesuatu yang romantik untuk jangmi. Kalah abang dia ni.
Walaupun dia meminta bantuan daripada buku cara-cara menjadi teman lelaki romantik, sekurang-kurangnya nampak usaha dia mahu nampak romantik.
"Aku romantik tak tunjuk dekat orang." Balas minho tenang. Bagi seorang lee minho, biarlah jangmi saja yang nampak sisi romantiknya.
"Aku pergi dululah. Kirim salam appa dan eomma." Minho tersenyum seraya berpaling ke belakang. Dia mengambil langkah menjauh dari junho sembari menarik bagasi miliknya.
Setiap langkah yang dia ambil, dia berharap agar dia dapat melupakan jangmi. Dia sendiri tidak pasti sama ada dia akan pulang semula ke korea atau tidak.
"We didn't deserve happy ending, right? Mungkin aku cuma watak extra yang hadir dalam hidup kau, geum jangmi." Bisik Minho dalam hati.
Telefon yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan. Haein berkerut tatkala Tuan Park menelefon. Tanpa basa basi dia terus menjawab.
"Nae, papa? Kenapa call haein?"
"Haein-ah, jangmi..."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
YOU ARE READING
ATTENTION
Fiksi PenggemarKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."