tiga puluh sembilan

149 22 7
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Kini mereka berdua berdiri terpacak di hadapan sebuah banglo mewah. Junho berkedip beberapa kali menatap banglo itu. Nampak sahaja mewah tapi macam suram saja dia tengok. Junho menggaru dagu yang terasa gatal.

"Betul ke ni rumah honey? Macam rumah kosong je." Tidak semena-mena junho mendapat tamparan khas menggunakan fail di bahunya selepas dia berkata seperti itu. Nasib tidak terlalu kuat pukulannya.

"Kau ni suka hati je cakap tak ada orang. Jangmi ada dekat dalam sana. Dia masih tidur kot. Dah jom ketuk rumah dia." Ajak Haein. Junho tiada pilihan lain selain daripada mengikut sahaja langkah haein dari belakang.

Pintu rumah diketuk oleh Haein dan diselangi dengan laungan nama geum jangmi dengan nada yang melonjak tinggi. Beberapa kali Haein memanggil gadis itu, namun pintu masih tertutup rapat.

"Dia ni tidur mati ke apa?" Gumam Haein. Lenguh juga tangannya kerana mengetuk sahaja sedari tadi.

"Dah, biar saya yang cuba. Cara nak panggil orang bukan macam tu. Dia kena ada style tau. Ke tepi." Celah Junho lalu menarik lengan baju Haein supaya gadis itu berdiri belakangnya.

"Tch, cubalah. Aku nak tengok macam mana style yang kau cakap tu." Sengaja Haein menekankan perkataan style. Junho tersengih padanya terlebih dahulu sebelum menunjukkan style yang dimaksudkan.

"VERONICA! PLEASE OPEN THE DOOR." Rahang Haein bagaikan hendak terjatuh apabila melihat junho berperilaku seperti itu. Lagaknya tidak ubah seperti seorang psiko. Tangannya mengetuk pintu tetapi lebih kepada menghentak.

Tidak cukup dengan itu, nadanya kedengaran menengking. Ton nada suaranya naik drastik. Tidak sanggup rasanya haein mahu mengaku teman.

"VERONICA! CAN WE NOT FIGHT ANYMORE? CAN--auch haein." Junho mengusap kepalanya yang diketuk oleh haein dengan wajah yang masam mencuka. Dia baru nak menjiwai watak psiko tapi haein dah ganggu dia.

"Kau kalau pintu tu rosak macam mana? Kau nak ganti? Dah lah ketuk macam orang gila. Dah lah, kita datang esok je. Mungkin dia penat sangat."bebel Haein. Junho menjuih bibir ke depan.

"Kan tu je caranya nak panggil dia."Haein menjegilkan matanya.

"Hah menjawab!" Junho memuncung. Haein ni garang sangat. Tacod member.

Keadaan menjadi sunyi sepi apabila pintu rumah yang tertutup rapat tadi kini terbuka. Lantas mata haein dan junho memandang figura yang berdiri di muka pintu. Jangmi memeluk tubuh sambil memandang mereka dengan riak datar.

"Honey."

"Jangmi."

Serentak mereka berdua bersuara lalu memandang sesama sendiri sebelum melihat jangmi semula. Jangmi mengangkat sebelah kening.

"Kenapa datang rumah aku ni? Sampai atas aku boleh dengar suara orang jerit-jerit nama veronica. Ingatkan salah rumah. Rupanya kau." Junho menayang sengihan apabila dirinya diperli oleh Jangmi. Alah salah jangmi juga siapa suruh tak buka pintu dari tadi.

"Kitaorang datang sebab nak tanya kenapa kau tak datang kolej." Kata Haein. Riaknya berubah serius dalam beberapa saat sahaja.

"Also about minho sunbae."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang