tujuh puluh tiga

103 19 12
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Minho melirik jam dinding. Sejak jam lapan pagi hingga sekarang pukul enam petang, dia tidak jemu menunggu kedatangan Jangmi. Dia benar-benar berharap agar Jangmi datang berkunjung ke kondonya.

"It's okay, take your time babe." Senyum tipis terlakar dibibirnya. Dia akan menunggu.

"Sayang, i-i dah kata jangan keluar." Air mata tidak putus-putus mengalir. Dia dihambat rasa sedih melihat keadaan taeyong yang lemah. Darah segar terkeluar dari mulut taeyong hingga menyebabkan kemeja yang dipakai oleh jejaka itu turut terkena darah.

"Tae hiks.. tae.." Jangmi teresak-esak. Dia mahu mendapatkan Taeyong. Tetapi wonjin terlebih dahulu bertindak. Rambutnya ditarik kuat dari belakang. Jangmi menggigit bibir menahan perih.

"Aku ingat kau setia dengan leeknow. Tapi haha. Wow." Ujar serim sinis. Dia menghampiri Jangmi. Taeyong yang cuba untuk menghalang dengan menahan kakinya itu ditendang tanpa rasa bersalah.

"Tae!" Serim ketawa sinis. Suka dengan apa yang dia nampak sekarang. Seorang gadis sedang menangis semahunya gara-gara seorang lelaki lemah?

Jangmi menatap serim tajam tatkala lelaki itu berdiri di hadapannya. Rasa amarah terhadap serim membuak.

"Girl, jangan tengok aku macam tu." Serim tertawa kecil. Rahang Jangmi dicengkam kuat seraya merapatkan wajah mereka.

"Selama ni, minho selalu halang aku dari dekat dengan kau. Tapi sekarang, penghalang kita dah tak ada. So, wanna have one night stand with me, girl?" Serim menjilat bibir bawahnya. Dia memberi isyarat agar wonjin melepaskan rambut gadis itu.

"Kau dah terdesak sangat ke? Ingat aku akan setuju?" Balas Jangmi berani. Sudut bibir serim ternaik. Dia memegang bahu jangmi.

"Kau tak ada pilihan lain, selain daripada setuju."

"Jangan, sayang. Jangan setuju." Taeyong bangkit perlahan-lahan. Dia tidak akan sesekali membenarkan serim mengambil kesempatan terhadap Jangmi.

Serim memutar mata ke atas lalu berpaling ke belakang. Manakala, jangmi mengambil kesempatan itu untuk berlari ke arah taeyong.

"Tae." Taeyong tersenyum tipis.

"Sembunyi belakang i, sayang." Jangmi menurut. Dia berdiri di belakang taeyong.

"Masih nak melawan walaupun dah sekarat? Tch. Baik kau serahkan je perempuan tu kalau tak nak panjangkan masalah." Taeyong tersenyum sinis. Dia membuang ludah ke tepi.

"Langkah mayat aku dulu." Serim berdecit. Petikan tangan mula berbunyi. Pergaduhan yang terhenti sejenak kini berlangsung kembali.

Semakin lama, taeyong semakin penat. Dengan keadaan yang lemah, dia menerima bertubi-tubi tumbukan. Jangmi yang tidak tahan dengan aksi itu terus mempertahankan taeyong dari dibelasah. Ilmu mempertahankan diri yang dia belajar selama ini dikeluarkan.

"Sayang." Taeyong menatap jangmi tidak percaya. Betulkah apa yang dia nampak tadi? Jangmi menendang salah satu ahli cleaer.

"Taeyong, jaga-jaga!" Jangmi menjerit kuat lalu memeluk lelaki itu. Hasilnya, sebuah helmet keras dihentak kuat di kepalanya.

Semua tergamam menyaksikan kejadian tersebut. Taeyong meleraikan pelukan. Darah segar mula mengalir perlahan dari kepala gadis itu.

"Sayang!.. sayang, bangun." Pipi Jangmi ditepuk perlahan. Hatinya semakin risau apabila wajah jangmi mula berubah pucat.

"Shit! Aku dah kata jangan cederakan perempuan tu. Blah sekarang." Serim dan ahli kumpulannya mulai lari meninggalkan kawasan itu.

"Sayang, please bertahan. I akan selamatkan you."

Minho merenung skrin telefonnya yang masih gelap. Dia menunggu dan terus menunggu. Tetapi Jangmi tetap tidak datang.

"Dia betul-betul benci aku ke?" Wajah diraup. Saat itu, buat pertama kali minho menangis disebabkan seorang gadis.

"Memang dah tak ada peluang untuk aku ke, Babe?"

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang