ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Kau pergi mana tadi? Nasib baik prof belum sampai lagi tau. Kalau tak, kau dah kena denda dengan dia." Tanya Haein tanpa memandang Jangmi. Tangannya ligat memasukkan buku ke dalam beg sandang.
"Hm, Junho." Haein berkerut.
"Kenapa dengan dia? Itulah kau. Aku dah kata jangan mainkan perasaan dia. Dia terlalu baik untuk perempuan tak guna macam kau." Jangmi memincing kedua matanya menatap Haein tajam. Mahu saja dia cili mulut puaka Haein.
"Cih, perempuan tak guna ni juga member sejati kau." Haein tergelak kecil. Dia melihat Jangmi. Kedua keningnya terangkat.
"Anyway, kau belum jawab soalan aku. Kenapa dengan Junho?" Haein mengulang pertanyaannya semula. Jangmi mengangkat kedua bahu. Beg silang di sangkut ke bahu.
"Dia kena tumbuk dengan abang tiri dia." Mata Haein membulat.
"Seriuslah?"
"Seriuslah. Muka aku ni nampak macam penipu ke?" Perli Jangmi.
"Selalu je."
"Cih. Dah lah aku balik dulu. Malam nanti taeyong ajak aku date. Daa."
Haein membalas lambaian Jangmi dan menghantar pemergian temannya itu melalui ekor mata. Seketika kemudian, dia melepaskan keluhan. Bilalah Jangmi nak berubah?
Gaun biru tua paras lutut yang tersarung di tubuh langsingnya itu dibetulkan. Wajahnya hanya dihiasi dengan solekan tipis. Rambut paras pingangnya dikerintingkan pada bahagian bawah.
Jangmi tersenyum setelah berpuas hati dengan penampilannya pada malam itu. Jangmi mencapai beg tangannya lalu keluar dari bilik.
"Jangmi, nak pergi mana?" Langkah Jangmi terhenti di anak tangga terakhir apabila Tuan Geum bertanya. Lantas matanya tertuju ke arah ruang tamu. Di atas sofa mewah itu, Tuan Geum duduk membelakangi dirinya.
"Ah Appa, erm Jangmi nak keluar jumpa kawan." Jawab Jangmi. Tuan Geum mengangguk perlahan.
"Jangan balik lambat." Pesan Tuan Geum pada anaknya.
"Baik, appa. Jangmi minta diri dulu."
Sementara itu di tempat lain, sekumpulan motor berkumpul di pinggir jalan. Beberapa orang lelaki memanaskan enjin motor masing-masing bagi memeriahkan suasana. Memandangkan pada malam itu mereka bakal mengadakan pertandingan perlumbaan, siapa yang menang bakal mendapat hadiah yang lumayan. Jadi semangat mereka untuk menang sangatlah tinggi.
"Lambat lagi ke mamat tu nak sampai?" Tanya Minho dengan riak bekunya. Seungmin yang berdiri di sebelah Minho menunduk melihat jam tangannya. Dia berdecit sakarstik.
"Cakap sebelum lima minit dah sampai. Tch, bullshit." Carut seungmin. Dia tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.
"Banyak awek tho. Tengok tu. Cantik gila. Kalau aku menang malam ni, aku nak dia." Ulas Jisung. Matanya tidak lepas dari memandang seorang gadis yang sudah menarik perhatiannya sejak tadi.
"Tch, bodoh je perangai. Kita datang sini sebab ada bet, faham?"
Minho mengabaikan pergaduhan yang tercetus itu, malah bunyi sorakan dari orang ramai menarik perhatiannya. Anak mata jejaka itu tertumpu pada seorang lelaki yang baru sahaja sampai.
Sekilas, sudut bibirnya ternaik.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
![](https://img.wattpad.com/cover/326766642-288-k795064.jpg)
YOU ARE READING
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."