empat puluh sembilan

131 19 11
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Deruan nafas seseorang menerpa kulit wajahnya sekaligus membuatkan dia tersedar. Terpisat-pisat dia mencelikkan mata. Sekilas, dia tersenyum saat melihat minho. Baru dia ingat, dia tidur di dalam dakapan lelaki itu berbantalkan lengan minho.

Kerana terlalu penat mengerjakan assigment yang diberikan Miss Miho, dia tidak berfikir panjang, terus sahaja dia baring di atas katil minho dan lelap selepas tiba di kondo lelaki itu.

Perlahan Jangmi mengalihkan tangan minho yang sedang memeluknya seraya bangun dari katil. Malas dia mahu mengejutkan minho. Nanti tak habis-habis nak menganggu dia.

Jangmi melangkah ke wardrobe milik minho. Dia mencari pakaian yang sesuai. Siapa suruh minho culik dia dari junho dan haein? Dah lah paksa dia tidur dekat kondo. Sehelai sepinggang pula tu. Apa nak jadi,jadilah.

"Hm yang ni okay. Cantik. Mesti mahal kan?" Rambang matanya tatkala melihat baju-baju minho. Sudahlah semuanya berjenama. Hoodie berwarna hitam menjadi pilihan Jangmi. Tidak lupa juga, boxer yang masih baru itu di ambil olehnya.

Jangmi tersenyum senget. 'Sorry, sayang. Boxer baru kau biar aku yang rasmi dulu. Kira halallah.' Bisiknya dalam hati.

Tanpa berlengah, dia terus membawa diri masuk ke dalam kamar mandi. Sejak dia balik dari kolej tadi, tak sempat dia nak mandi.

Pintu peti ais dibiarkan sahaja terbuka. Jangmi duduk bersila di atas lantai sambil menikmati makanan yang ditemuinya di dalam peti ais. Lapar woi lapar. Minuman tin yang terdapat di dalamnya juga diminum sahaja.

"Huh air apa ni?" Sudah tinggal separuh, baru Jangmi mahu melihat nama minuman tersebut. Jangmi terkedu. Soju. Ohmygod.

"Babe." Mendengar namanya dipanggil, jangmi cepat-cepat menyimpan semula minuman itu ke tempatnya. Mampuslah nak. Sudahlah dia tak pernah minum minuman macam tu.

Dia berdiri lalu menutup peti ais. Dia memandang ke arah minho yang berdiri tidak jauh darinya. Jangmi menayang sengihan.

"Ah erm morning." Minho berkerut dia mengangkat sebelah keningnya. Penampilan Jangmi ditatap. Bibir bawah digigit.

"Kau pakai hoodie aku tanpa keizinan dari aku, babe?" Tanya Minho bernada sedikit keras. Dia mendekati Jangmi selakang demi selangkah.

"Aku mana ada baju. Jadi aku pakailah baju kau." Jawab Jangmi tidak mahu mengalah. Dia membalas renungan minho tanpa gentar.

Minho diam. Namun matanya galak memerhati gadis di hadapannya ini.

"Kau cantik bila pakai baju aku." Usai ayat itu ditutur, terbit senyum sinis di bibir minho.

Pinggang Jangmi dirangkul kemas. Sekelip mata sahaja, Jangmi diangkat dan diletakkan di atas meja makan. Minho merapatkan bibirnya ke telinga gadis itu.

"Tapi kau lagi cantik bila tak pakai apa-apa." Minho menjarakkan wajahnya semula. Kulit putih Jangmi berubah kemerahan. Bibir yang dikemam itu ditenung olehnya.

Bagaikan ada sesuatu yang menariknya, minho menyengetkan kepala menyatukan bibir mereka. Ciuman mula berubah agresif tatkala mendapat balasan dari Jangmi. Tangannya tidak tinggal diam. Menyeluk ke dalam hoodie lalu diusap lembut kulit gadis itu.

Minho meleraikan ciuman. Dahinya bersentuhan dengan dahi licin gadis itu. Dia merenung dalam ke anak mata Jangmi.

"You are always tempted with me." Minho tersenyum. Bibir Jangmi disentuh.

"Yes, i am."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang