ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Baru sahaja Junho mahu memasuki keretanya, figura si abang tiri yang keluar dari rumah itu membantutkan niatnya. Junho mengemam bibir, tangan dikepal mengumpul kekuatan sebelum dia mengatur langkah mendekati Minho. Dia berdiri di sebelah motor milik lelaki itu.
"Hyung." Panggil Junho dengan nada yang perlahan. Takut sebenarnya kena tumbuk lagi. Terakhir dia kena tumbuk masa Jangmi tolong dia haritu.
"Hm." Minho membalas dingin. Dia sibuk memakai glove riding tanpa memandang Junho.
"Hyung, boleh aku tanya satu soalan?" Pinta Junho. Apabila tiada balasan dari Minho, Junho memutuskan untuk menyoal.
"Jangmi ada hutang apa dengan hyung?" Rasa gugup menjalar ke ruang hati tatkala mata Minho menatapnya datar. Ayat dia salah ke?
"K-kalau hutang dia banyak, aku nak tolong bayarkan. Berapa hutang dia?" Minho berdecit sinis. Dia memakai helmet lalu naik ke atas motor. Enjin motor dihidupkan.
"Hyung." Junho memegang visor motor minho menghalang abang tirinya dari pergi. Selagi belum jawab, selagi tu dia tak mahu lepas.
"Apa lagi kau ni? Blah lah. Aku nak pergi kolej." Kata Minho kasar. Junho menggelengkan kepala. Peduli apa dia kalau kena tumbuk lagi? Demi Jangmi, dia sanggup. Takut tak takut belakang kira.
"Aku tak nak lepas selagi hyung tak cakap." Minho mendengus kasar. Degil.
"Kau tak payah masuk campur dalam urusan aku dengan dia."
"Tapi hyung.." Tangan Junho ditepis dari visor motor sebelum berlalu dari garaj rumah. Junho menghantar minho pergi dengan tatapan kecewa. Kenapa dengan abang tirinya itu? Dari dulu tak pernah nak cakap baik-baik dengan dia.
Junho mengeluh. Akhirnya dia memasuki kereta. Kali ni mungkin gagal, nanti dia cuba lagi.
"
Weh ex sugar daddy kau datang." Ujar Haein pada Jangmi sambil menunjuk ke arah seorang lelaki berkaca mata hitam bersandar di kereta audi. Melihatkan itu, Jangmi memegang kepalanya.
"Aku dah kata jangan ganggu aku. Mati lah nak." Haein mengusap belakang Jangmi. Kadang-kadang kesian juga dengan kawan dia ni tapi siapa suruh berani buat onar dulu? Dah kena sekarang hah tanggunglah sendiri.
"Kau tak nak jumpa dia ke?" Tanya Haein. Jangmi mengeluh.
"Malas. Aku rimas tahu tak? Dia tu macam kongkong hidup aku. Ni baru jadi girlfriend tau, tapi dah larang macam-macam. Tu pun nasib baik dah putus. Kalau jadi isteri dia? Tak ke naya aku." Sebagai seseorang yang sukakan kebebasan, Jangmi menyuarakan pendapatnya.
"Tu tandanya dia sayang kau, hanat. Dah lah, pergi jumpa dia sana." Usir Haein. Jangmi membuat muka kesian namun tidak dihiraukan oleh rakan karibnya itu malah tubuh jangmi ditolak-tolak.
Dalam hati, Jangmi sudah melontarkan sumpah seranah pada Haein.
"Sayang."
Taeyong menegakkan badannya sebaik sahaja Jangmi menghampiri. Terbit sekuntum senyum dibibirnya melihat sang kekasih.
"Erm hai?"
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
YOU ARE READING
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."