tiga puluh lapan

108 17 4
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Nafas termenggah-menggah akibat berlari di setiap pelusuk fakulti itu demi mencari kelibat seseorang. Peluh yang merenik dibiarkan sahaja tanpa diseka. Apabila terlihat seseorang yang rapat dengan figura yang dia cari, lantas dia berlari mendapat orang tersebut.

"Haein!" Haein menoleh. Kerutan jelas timbul di dahinya melihat keadaan junho yang berpeluh sakan. Tapi haein tidak dapat nafikan junho tampak hot ketika ini. Nerd yang hot.

"Ehem, kenapa kau panggil aku? Also, what wrong with you? Kau baru lepas join sukan marathon ke macam mana?" Perli Haein.

"Honey ada datang kolej tak harini? Saya ada benda nak jelaskan dengan dia. Urgent!" Mata Haein terbuntang luas apabila junho memegang kedua bahunya. Lantas dia menepis tangan Junho menyebabkan jejaka itu tersentak.

"Oh maafkan saya, haein. Saya tak sengaja sentuh awak. Tapi saya betul-betul nak berjumpa dengan honey. Dia ada jumpa awak ke harini?" Haein berkerut dahi. Tampak seperti terdesak pun ada junho sekarang. Jelas sekali junho resah selagi tidak bertemu dengan kawannya.

"Jangmi tak datang. Dia ponteng harini." Kata Haein jujur. Junho meraup rambut ke belakang drastik setelah mendengar jawapan dari Haein.

"Kau nak jelaskan perkara apa dekat dia?" Tanya Haein mencuba nasib. Mana tahu junho baik hati nak bagitahu dia. Lagipula selepas kejadian di kantin tempoh hari membuatkan dia was-was mahu mempercayai junho kalau hal berkaitan dengan jangmi.

"Saya nak jelaskan tentang niat minho hyung. Dia cuma nak permainkan honey, haein. Saya tak dapat terima bila dia buat hati honey macam permainan yang dia boleh buat main sesuka hati. Honey pun manusia, haein. Saya tak suka tengok orang yang saya sayang tersakiti." Haein terangguk-angguk mendengar penjelasan dari junho. Mengerti dengan apa yang disampaikan.

"Awak tolong bawa saya pergi rumah dia boleh?" Pinta Junho sambil menyatukan kedua tangannya. Menatap Haein dengan harapan agar gadis itu mahu membawanya bertemu Jangmi.

"Masa kau dengan dia dulu, dia tak bagitahu ke mana rumah dia?" Pelik pula kalau junho tak tahu rumah Jangmi.

"Tak. Honey tak benarkan saya pergi rumah dia." Junho mengeluh. Mengenangkan betapa tegasnya jangmi ketika mereka bersama dulu membuatkan dia takut untuk meminta lagi. Dah orang tak nak, nak buat macam mana?

"Hm okaylah. Aku bawa." Riak wajah Junho berubah ceria setelah Haein berkata seperti itu.

"Aip! No touching!" Haein terlebih dahulu memberi amaran tatkala junho mahu menyentuhnya. Junho tersengih. Hujung baju haein dicubit lembut.

"Jom." Haein menggeleng perlahan. Mereka berdua mula berjalan beriringan ke tempat parking.

Sesekali junho cuba untuk merapat dengan gadis itu, namun cepat sahaja Haein memberi arahan agar jauh semula.

"Jaga jarak."

"Nae."

Tidak sampai beberapa saat, junho mendekat lagi. Dan begitu jugalah sebaliknya.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONWhere stories live. Discover now