dua puluh lapan

120 20 5
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

"Auww Jangmi! Sakitlah." Rengek Junho kuat saat Jangmi menekan lebam di bahagian pipinya. Siap tergelak lagi dengan Haein kerana berjaya mengenakan dia. Sampai hati. Kaum perempuan ni memang kejam ke?

"Lembablah kau ni. Macam ni ke lelaki? Tolonglah. Kau patut contohi lee jong suk oppa tau. Dah lah hensem, comel. Hehe." Haein mula berangankan lee jong suk. Sejujurnya, dia lebih tertarik pada lelaki yang sukar untuk digapai dan fictional character berbanding lelaki di sekelilingnya. Fuh.

"Betul. Even lelaki yang dia minat tu tak wujud and tak tahu kewujudan dia, tapi tak ada lah lembab macam kau." Celah Jangmi berbaur perlian. Sempat dia memerli Haein. Gadis itu pula sekadar membuat biasa saja. Dia sudah masak dengan perangai Jangmi.

"Hm okay. Saya cuba. Tapi macam mana nak jadi macam lee jong suk?" Soal Junho terkebil-kebil, dia mengetuk dagunya menggunakan jari. Si pemilik nama pun dia tak kenal, ni kan pula nak jadi macam dia?

Haein dan Jangmi berpandangan sesama sendiri sebelum menatap Junho semula.

"Kau nak jadi macam jong suk?" Junho mengangguk.

"Salah ke?"

Haein mengemam bibirnya dari meledakkan tawa yang kuat. Sabar. Ada hati yang perlu dijaga. Tetapi orang di sebelahnya sudah meledakkan tawa. Siapa lagi kalau bukan Jangmi?

" seriuslah kau nak jadi macam dia?" Tanya Jangmi dengan tawa yang masih belum reda. Hampir terkeluar air matanya akibat menangis.

"yelah, ada yang salah ke?" Junho berkerut. Kemudian, dia mengalihkan tatapannya pada Haein apabila gadis itu turut ketawa. Dah kenapa ni?

"weh tahu tak, kau dengan dia tu ibarat langit dengan bumi. macam mana lah kau nak jadi macam dia. Haih junho." Junho tersengih kekok lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hensem sangat ke lee jong suk tu sampai Jangmi cakap macam ni? Hmm.

"haih sudahlah. Jom. Tadi cakap nak pergi arcade sama-sama kan?" Kata Haein bagi mengingati kawan-kawannya.

"Okay. Jom." Jangmi memeluk lengan Haein lalu berjalan beriringan dengan gadis itu. Wajah junho berubah masam. Sekali lagi dirinya ditinggalkan di belakang.

Semasa pergi ke tempat parking keretanya, mereka dan sekumpulan lelaki berselisih. Jangmi dalam diam melirik salah seorang daripada lelaki tersebut. Dia mencebik apabila minho menayang wajah datar.

Sejak pertengkaran yang tercetus tiga hari yang lepas, mereka berdua melancarkan perang dingin. Masing-masing tidak mahu bercakap ataupun membuka mulut bertegur sapa sesama sendiri. Jangmi tidak dapat nafikan yang dia rindu. Tetapi dia sedar diri. Mereka berdua tidak ada apa-apa hubungan.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang