ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Minho mengguling ke atas tanda rimas apabila Jangmi tidak henti-henti menangis. Sejak mereka keluar dari panggung wayang itu, Jangmi menjadi perhatian orang disana. Dia pula yang malu dibuatnya.
"Kau berhenti menangis boleh tak? Orang tengah tengok aku lain macam. Nanti diorang fikir aku sakitkan kau." Dengan kasar, minho menyeka air mata yang mengalir di pipi gadis itu. Jangmi mencebik lalu menepis tangan minho.
"Salah kau lah! Siapa suruh ajak aku tengok filem sedih tu? Hah. Kau ingat hati aku ni macam kau ke? Batu? Tch." Balas Jangmi dengan nadanya yang serak akibat menangis. Habis matanya sembab disebabkan filem sedih tadi. Dalam masa yang sama, Jangmi rasa mahu mencarik-carik sahaja watak jahat di dalam filem tersebut.
Urgh, sakit hati dibuatnya.
"Aku ajak dating bukan ajak kau nangis macam orang gila." Jangmi memuncung. Sampai hati minho salahkan dia. Patutnya minho salahkan filem tu. Eh tapi filem tu minho yang pilih? Jadi ini semua salah minho!
"Tch, menyesal aku bawa kau dating." Kata minho tanpa sempat jangmi bersuara. Dia berjalan maju ke hadapan tanpa menunggu jangmi. Sempat jelingan tajam dihadiahkan pada gadis itu.
"Huh? Menyesal? Tahu pun menyesal. Geramnya aku. Salah dia lepastu salahkan aku." Jangmi mengetap gigi kuat. Nak kenalah minho ni.
Tidak lama selepas itu, sekuntum senyum terlakar dibibir Jangmi. Langkah diambil, laju dia berlari mendapatkan minho. Lalu tanpa sebarang amaran, dia terus melompat di atas belakang minho.
Leher lelaki itu dirangkul dari belakang manakala kakinya dilingkarkan di pinggang minho.
"Yah..." Minho yang masih tidak bersedia itu terus menahan peha Jangmi.
Jangmi menyengetkan kepalanya, senyum nakal ditayang tatkala minho menoleh menatapnya tajam. Segera dia menyentuh rahang minho.
"Jom dating?" Minho berkerut.
"Huh?"
"Jomlah. Tadi kau ajak aku, sekarang ni biar aku ajak kau. Kita pergi tempat yang seharusnya dan tempat yang sesuai untuk dating." Ajak Jangmi bersungguh-sungguh. Minho mengetap rahang apabila gadis itu sengaja mengoyang-goyangkan tubuhnya.
"Jangan gerak-geraklah! Aku lepaskan karang." Ugut minho sambil mencengkam peha gadis itu. Bukannya takut malah Jangmi hanya menayang sengihan. Jari-jemari gadis itu kerap bermain di rahang minho.
"Setuju?" Minho mengangkat kening. Lalu mengangguk sebagai jawapan.
"Okay good. Sekarang turunkan aku." Jangmi menepuk dada minho agar lelaki itu menurunkan dia. Minho menggeleng.
"Nope. Kekal macam ni. Aku kan boyfriend kau." Bibir atas Jangmi spontan ternaik mendengar perkataan boyfriend.
"Yelah. Jom!" Jerit Jangmi riang sambil mengangkat sebelah tangannya. Minho yang menggeleng itu tidak dihiraukannya. Siapa je tak suka bila kena piggyback? Sekurang-kurangnya dia tidak perlu memenatkan kaki.
Harini ada orang sudi jadi kuda dia. Hehe.
Mereka pun berlalu ke tempat yang ingin dituju. Kemana Jangmi tunjuk, kesitulah minho pergi. Mereka meluangkan masa berdua sahaja sehingga tidak sedar malam menjelang tiba.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
YOU ARE READING
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."