empat puluh tiga

120 19 11
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Mata terpisat-pisat mahu dicelik. Lantas, Jangmi membetulkan posisi duduknya. Penglihatan yang kabur kian pulih. Mulut ditekup rapat sebelum menguap.

"Hm, dah jam berapa?" Dengan wajah yang berkerut, Jangmi memeriksa jam di telefon pintar miliknya.

"Dah lewat. Lamanya aku tertidur." Gumam Jangmi perlahan. Sejak kelas tamat jam empat petang tadi sehinggalah jam sembilan malam, dia tertidur di sini. Patutlah gelap je.

Jangmi terus memasukkan barang-barang kepunyaannya ke dalam beg. Takut tertinggal, menangis. Setelah itu, dia berjalan keluar dari kelas. Rambut yang terurai diikat messy bun. Rimas.

"Appa dah balik." Jangmi tersenyum. Rasa rindu terhadap Tuan Geum akhirnya terlerai. Maklumlah, dia selalu ditinggalkan di rumah bersendirian atas sebab Tuan Geum perlu menghadiri event yang di anjurkan oleh rakan kongsi.

Tiba-tiba seseorang menekup mulutnya dari belakang. Tidak sempat menolak, Jangmi diangkat di atas bahu jejaka itu.

"Yah! Siapa kau? Eish aku nak baliklah! Lepas!" Berkali-kali dia menjerit meminta dilepaskan oleh gerangan yang mengangkatnya sekarang. Suara lantang Jangmi bergema.

"Diam." Jangmi mengetap bibir. Walaupun hanya belakang lelaki itu sahaja yang dia nampak ketika ini, tetapi suara itu amat dikenali olehnya.

"Aish minho, aku nak baliklah! Apa benda kau ni? Dah cakap kan jangan jumpa aku. Hutang aku dah langsai. Apa lagi yang kau nak?" Bebel Jangmi tidak puas hati. Tidak boleh ka minho membiarkan dia dapat hidup dengan tenang?

"Aku hantar." Ringkas balasannya.

"Aku boleh balik sendirilah. Turunkan aku. Bukannya kaki aku patah sampai kau nak angkat-angkat aku macam ni." Jangmi mengetap bibir. Geram kerana minho langsung tidak mendengar arahannya.

"Aku hantar, faham?" Jangmi mendengus kasar. Lalu dia hanya membiarkan minho membawanya ke suatu tempat sehinggalah dia diturunkan semula setelah tiba di tempat parking.

"Babe." Jangmi menepis tangan minho yang cuba untuk menyentuh pipinya. Tersentak jejaka itu kerana tepisan kasar tersebut.

"Apa yang kau nak lagi? Tak cukup 300jt won tu? Ke kau nak aku tambah lagi? Berapa kau nak? Aku boleh tambah." Minho diam. Melihatkan itu, Jangmi terus menyeluk tangan ke dalam beg tangannya.

Sekeping kad dikeluarkan lalu diserahkan pada minho.

"Dalam ni ada 100jt won. Ambil. Then jangan ganggu aku." Minho berdecit. Dia terkekeh sinis lalu merapatkan dirinya dengan gadis itu. Tunak matanya merenung dalam anak mata Jangmi.

"I don't need your money, babe. I just need your body." Merah padam kulit wajah Jangmi mendengar ayat yang terpacul dari bibir minho. Nafasnya berubah kasar.

"What? Kau sendiri gelar aku gigolo. Salah ke aku nak sukakan badan kau?" Jangmi menghela nafas pendek. Minho benar-benar mencabar keegoannya. Okay, kita bermain.

"Yes. Kau gigolo. And seorang gigolo akan pergi lepas dapat bayaran. Even malam tu bukan aku yang minta tapi nah. It's okay. Nah, kalau tak cukup bagitahu." Jangmi memasukkan kad ke dalam poket baju minho sebelum menolak dada jejaka itu menjauh darinya.

"Lelaki murah." Ujar Jangmi bernada keras sebelum beredar meninggalkan minho sendirian.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang