ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Apa yang kamu buat dekat sini?" Keras nada bicara Tuan Lee apabila Jangmi berada disitu. Junho yang sedar akan ketegangan situasi mulai mendapatkan Tuan Lee. Bahu appa tirinya dipegang.
"Appa, Jangmi cuma nak melawat hyung." Kata Junho. Tuan Lee mendengus kasar. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Aku tak benarkan kamu berjumpa dengan dia. Kamu tak serik-serik lagi ke kena halau minggu lepas? Sekarang ni masih nak tunjuk muka kamu lagi? Tch." Jangmi menunduk. Haein yang berada di sebelah gadis itu hanya mendiamkan diri.
Seminggu yang lepas, Jangmi pernah di usir dengan teruk oleh Tuan Lee. Layanan Tuan Lee terhadap Jangmi pada waktu itu benar-benar menyakitkan hatinya. Segala kata cacian juga meluncur laju dari bibir Tuan Lee.
"Uncle, bagilah saya jumpa dia sekejap. Sekejap pun jadilah. Saya cuma nak tahu keadaan dia macam mana. Tolonglah, uncle." Rayu Jangmi dengan nada yang serak. Mimik wajahnya seakan-akan mahu mengambur tangisan di situ juga. Dia tidak kisah apa pandangan orang lain terhadap dia. Dia cuma mahu bertemu dengan minho. Salahkah?
Dia pelik. Mengapa Tuan Lee begitu membencinya walhal mereka tidak pernah bertemu pun sebelum ini? Apa salah yang telah dia lakukan?
"Huh, aku tak benarkan kamu jumpa dengan anak aku. Jauhkan diri kau dari dia. Aku tak suka kau dekat dengan anak aku. Berambus!" Tubuh Jangmi ditolak kasar. Haein cepat-cepat menahan Jangmi dari terjatuh akibat penolakkan tersebut.
"Appa, kenapa buat jangmi macam ni? Bagilah dia jumpa hyung. Apa salah jangmi sampai appa buat dia macam ni?" Sampuk Junho dengan nada yang sedikit tinggi. Dia tidak tahan apabila Tuan Lee berkelakuan kasar pada Jangmi sebegitu rupa.
"Uncle, tolonglah. Benarkan saya masuk jumpa dia." Rayu Jangmi lagi. Haein di sebelah sudah menggosok lengan kawannya. Sungguh dia kasihan dengan nasib hubungan Jangmi dan Minho. Adakah hubungan itu dapat bertahan sekiranya kedua-dua belah pihak membantah habis-habisan hubungan mereka?
"Baiklah. Aku benarkan kamu jumpa dengan dia." Jangmi mula tersenyum. Akhirnya.
"Tapi dengan syarat. aku nak kamu putuskan hubungan dengan dia. Jangan jumpa dia lagi. Jangan munculkan diri depan dia. Setuju?" Senyumannya kembali memudar. Junho dan Haein tergamam mendengar syarat yang dipinta oleh Tuan Lee.
"Appa, jangan sampai macam tu. Kesianlah dekat jangmi." Haein menggelengkan kepala. Dasar orang tua ego!
"Terpulang. Aku tak paksa. Tapi jangan harap kamu dapat jumpa dia lagi lepasni." Jangmi bungkam. Dia tidak tahu harus berbuat apa selain daripada bersetuju sahaja. Lemah dia mengangguk.
"Asalkan uncle bagi saya melawat dia." Tuan Lee tersenyum sinis sebelum beredar dari sana.
"Jangmi, kau betul-betul ke ni?" Tanya Haein meminta kepastian. Namun hanya keluhan yang dia dapat dari jangmi.
"Jangmi, saya tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang. Tapi saya harap awak tetap kuat." Jangmi tersenyum tipis.
"Aku nak masuk kejap."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
![](https://img.wattpad.com/cover/326766642-288-k795064.jpg)
YOU ARE READING
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."