lima belas

151 21 10
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Jangmi yang baru sahaja keluar dari kereta itu terkejut apabila bahunya tiba-tiba sahaja dipaut oleh seseorang. Apabila menyedari orang yang memaut bahunya ialah sanha, segera dia menepis tangan jejaka itu dari bahu dan berura-ura untuk melarikan diri.

"Sayang, tunggu dulu."

Sanha mengejar langkah Jangmi dari belakang. Sekelip mata sahaja lengan gadis itu direntap lembut olehnya lalu digenggam untuk mengelakkan Jangmu melarikan diri sekali lagi.

"You nak apa? Lepaslah." Sanha menggeleng laju.

"Tak. I takkan lepaskan you. I cuma nak luangkan masa dengan you, Jangmi. Kenapa you lari dari I? You tahu tak I rindu sangat dengan you." Jangmi menghela nafas. Sanha ni tak reti move on lagi ke?

"Sanha, kita dah tak ada apa-apa."

"Tu pada you. Tapi bagi I, kita tetap pasangan kekasih. You yang putuskan hubungan ni. Apa salah i, Jangmi? I tak akan lepaskan you selagi you tak bagitahu i apa salah i sampai you putuskan hubungan kita malam tu." Jangmi mengetap bibir. Celah mana dia nak cari kesalahan sanha kalau mereka baru menjalinkan hubungan tiga hari?

"Nope, you tak ada salah dengan i. Tapi i yang buat salah dengan you. I curang!" Sanha terkedu. Jangmi tersenyum kemenangan saat pengangan sanha mulai longgar. Kan bagus kalau dia cakap dia curang dari awal, tak ada lah sanha kejar dia begini.

"You curang?" Jangmi mengangguk mengiyakan pertanyaan tersebut.

"Ya, i curang."

"Tapi kenapa?" Soal Sanha lagi. Jangmi sudah mati kata mahu memberi jawapan.

"Honey!" Laungan tersebut menarik perhatian Sanha dan Jangmi. Junho yang berdiri tidak jauh dari mereka itu dipandang. Senyuman lebar terlakar cantik dibibir Junho sebelum berlari mendekati mereka.

"Honey, kelas kita dah nak mula. Jom." Kata Junho dengan nada yang gembira usai tiba di sebelah Jangmi. Lengan Jangmi dirangkul mesra.

"J-jadi dia.. sebab dia, you curang dengan i?" Ujar sanha dengan nada yang bergetar. Jangmi mengangguk. Terpaksa menipu agar dirinya tidak lagi diganggu sanha.

Tidak tertahan rasa kecewa, akhirnya sanha pergi meninggalkan mereka berdua. Jangmi menghembus nafas lega. Selesai juga masalah dia.

"Honey, lelaki tadi tu bekas teman lelaki awak juga ke?" Soal Junho ingin tahu.

"Hm. Anyway, terima kasih sebab muncul tadi. Kalau tak ada kau, mungkin dia masih tak percaya aku." Junho tersenyum manis.

"Kau tak nak lepaskan tangan aku ke?" Junho menggeleng. Dia mengetatkan rangkulan.

"Tak nak. Kita kan kawan. Jom." Jangmi menayang riak pasrah. Nasib dah jadi kawan, kalau tak dah kena tibai agaknya.

Tanpa disedari mereka berdua, seseorang memerhati dari jauh. Decitan sinis terbit dari bibir sebelum dia berlalu dari tempat itu.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang