enam puluh sembilan

93 19 5
                                    


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

"kenapa kau buat macam ni?" Tanya Jangmi tanpa nada. Dia terlalu kecewa setelah mendengar penjelasan haein.

"Kau boleh tamatkan hubungan kita dengan cara lain. Tapi perlu ke guna cara macam ni?" Minho diam. Dia hanya memasang telinga mendengar luahan dari Jangmi. Sungguh,Geum Jangmi yang dia hadap sekarang bukan lagi Geum Jangmi yang dulu.

Gadis yang duduk di atas penghadang rooftop ketika ini bukan lagi gadis yang nakal dan degil. Diganti dengan gadis yang sedaya upaya menahan diri daripada menangis di hadapannya.

Kecewa.

Itu yang dia nampak sekarang.

"Aku tak nak panjangkan masalah." Jangmi bangkit lalu turun dari penghadang. Dia memandang minho dengan tatapan kosong. Tiada sekuntum senyum yang terlakar menghiasi wajahnya tika ini.

"Let's end this stupid relationship maturely." Lancar mulutnya menutur kata putus bagi menamatkan hubungan mereka. Tiada guna dia mahu memarahi minho, semuanya sudah terjadi. Tambahan pula, tidak lama lagi dia akan disatukan dengan taeyong.

Jika Jangmi sudah menyerah, tetapi berlainan pula dengan minho. Lelaki itu menggelengkan kepala dan mengambil tapak maju mendekati Jangmi. Sepasang mata bundar yang sering membuatnya tidak keruan itu direnung dalam.

"Babe, aku tahu aku salah. Kau boleh hukum aku, marah aku, bentak aku atau belasah aku sekali pun aku benarkan. Tapi tidak dengan cara putuskan hubungan kita. Aku sayang kau, babe. Aku tak nak kau jauh dari aku." Kedua belah pipi Jangmi disentuh lembut. Minho menghapus jarak mereka hingga dahinya bersentuhan dengan dahi mulus Jangmi.

"Please, aku mohon sangat-sangat. Bagi aku peluang kedua. Aku tahu aku sakitkan hati kau, then benarkan aku untuk sembuhkan luka tu. Aku merayu, babe." Ujar Minho lembut. Air mata Jangmi bertakung di tubir mata. Sedaya upaya dia berkeras menguatkan diri agar tidak menangis tetapi dia gagal. Empangan air matanya kini pecah.

Minho segera menyeka mutiara jernih itu dari terus mengalir. Kemudian, tubuh Jangmi dipeluk erat. Wajahnya disembamkan di atas bahu Jangmi. Akhirnya, terlepas juga rindunya untuk memeluk gadis itu.

Selama dia berpura-pura hilang ingatan, dia benar-benar terseksa. Dia  tidak dapat menipu hatinya sendiri daripada terus merindui Jangmi. Lagi-lagi apabila seungmin seringkali terserempak dengan gadis itu membuatkan dia rasa cemburu yang membuak-buak. Dan kesabarannya tercabar tatkala seungmin menyuarakan hasrat mahu merebut jangmi darinya.

"Mianhae, babe. Jjinjja mianhae." Kucupan lembut singgah di ubun-ubun Jangmi.

"Jeongmal mianhae." Jangmi memejam kedua matanya, bibir bawah digigit. Dia hanya membiarkan minho memeluknya tanpa ada niat mahu menolak. Dia turut merindui dakapan hangat lelaki itu.

Lama mereka berkeadaan begitu sebelum Jangmi sendiri meleraikan pelukan. Minho menurut tanpa banyak bunyi. Lengan Jangmi dipegang kejap.

"Aku menyerah, minho." Minho tergamam. Manakala jangmi menyunging senyum tipis. Lengannya ditarik lembut.

"Hati aku sakit sangat. Aku rasa kita memang ditakdirkan untuk bertemu dan berbagi rasa, tapi bukan ditakdirkan untuk bersama. Hubungan ni hubungan terlarang. Aku pasrah. Aku dah penat nak hadap semua ni. Sumpah, penat." Jangmi pantas mengelak apabila minho cuba mengapai tangannya. Dia menggeleng perlahan berulang kali sambil menjauh.

"Babe, please..." Minho cuba mendekat namun dihalang oleh gadis itu.

"Lepaskan aku, minho." Minho laju menggeleng. Raut wajahnya berubah tegang tatkala mendengar permintaan Jangmi.

"Lepaskan aku macam mana aku lepaskan kau."

"Babe, dengar penjelasan aku dulu."

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONWhere stories live. Discover now