lima puluh enam

96 19 3
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

"Weh seriuslah? Tapi.... Jangmi... habistu semalam kau tidur mana?" Haein diserang rasa terkejut apabila Jangmi menceritakan kejadian yang berlaku malam semalam. Sungguh, apa yang dilakukan taeyong diluar jangkaan.

Jangmi melepaskan keluhan.

"Aku tidur kondo minho." Haein membulatkan matanya. Tidak semena-mena kepala Jangmi diketuk dan menyebabkan gadis itu mengaduh. Jangmi mengusap kepala yang berdenyut-denyut seraya melihat Haein.

"Kau kenapa ketuk kepala aku? Sakit tahu tak. Kau tak sayang aku pun janganlah sakitkan kepala aku. Nanti otak aku tak betul, siapa nak bertanggungjawab?" Haein memutar mata ke atas. Mengada. Bukan kuat sangat pun dia ketuk. Lainlah kalau ada kuali disini, bolehlah dia gunakan untuk memukul kepala gadis itu.

"Kenapa kau tak call aku semalam? Pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk kau, Jangmi." Ujar Haein. Kali ini dia berlembut dengan Jangmi. Kawan dia dalam kesusahan. Mustahil dia mahu berdiam diri sahaja tanpa membantu.

Jangmi merasa terharu. Tanpa sebarang amaran, dia terus memeluk tubuh Haein. Kepalanya disandarkan di bahu Haein. Nasib baik Haein menerima pelukannya. Kalau tak, asyik kena tolak je selama ni.Sekali sekala bermanja, tak apa.

"Harini kau balik rumah kau ke?" Soal Haein. Jangmi menggelengkan kepala tidak mahu.

"Selagi appa kekal dengan rancangan dia, aku tak nak balik rumah." Haein mengangguk perlahan. Mengerti.

"Hyung tunggu kejap!" Laung Junho tatkala ternampak kelibat minho bersama tiga orang lelaki. Dia berlari laju mendapatkan abang tirinya itu.

Sebaik tiba di hadapan minho, ketiga-tiga lelaki yang bersama lelaki itu terus beredar terlebih dahulu. Menghormati privasi dua adik-beradik tiri tersebut.

"Hyung, aku ada benda nak sampaikan." Kata junho selepas nafasnya di atur semula. Kaca mata yang senget dibetulkan olehnya.

"Kalau appa nak aku balik, sorry. Aku takkan balik." Cepat sahaja minho menolak sebelum junho berkata apa-apa. Junho bungkam sendiri. Aduh abang tiri dia ni. Macam tahu-tahu saja apa yang dia nak cakap.

"Erm hyung baliklah sekejap. Appa suruh hyung balik malam ni. Mungkin appa ada nak bincang apa-apa dengan hyung ke? Baliklah hyung." Pujuk Junho lembut. Tetapi jika lee minho namanya, sudah tentu pujukan cha junho tidak berkesan. Malah decitan sinis terbit dari bibir minho. Jelas sekali yang dia tidak suka untuk balik ke rumah.

"Aku tak boleh balik. Malam ni aku ada bet. Mungkin lepas bet aku balik, tapi tengoklah kalau aku tak lupa."Dingin suara minho membalas. Mendengarkan itu, junho mulai tersenyum. Dia lega.

"Aku tahu mesti hyung tak lupa punya." Minho tidak membalas sebaliknya dia berlalu meninggalkan junho.

"Hyung, jangan lupa balik malam ni!" Jerit Junho kuat. Minho yang mendengarnya hanya memekakkan telinga. Apa yang junho harapkan dari dia? Dia tidak akan pulang ke rumah. Masalah yang tercetus antara dia dan Tuan Lee juga belum selesai kini ditambah pula dengan masalah baru.

Dia tidak bencikan junho. Dia tidak menyalahkan adik tirinya itu 100% atas apa yang telah terjadi. Cuma dia marah. Marah pada Tuan Lee dan Puan Cha. Rasa marah yang sudah dipendam bertahun lamanya.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang