ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
Sepasang tangan melingkar di pinggangnya dari belakang. Spontan sekuntum senyum manis tersungging di bibirnya. Menyerlahkan aura kekacakkan seorang lee minho. Siapa lagi yang memeluknya jika bukan Geum Jangmi si kekasih hati?
"Babe, kenapa bangun? Awal lagi. Dekat luar sana masih gelap." Gelas yang sudah diteguk airnya itu diletakkan di sinki. Niatnya cuma mahu membasahkan tekak setelah terjaga dari lena.
Apabila tiada balasan dari jangmi, minho mulai berpaling ke belakang. Namun pantas di halang.
"Let me hug you, sayang. Please?" Pinta Jangmi dengan nada suaranya yang serak. Dia menekapkan pipi kanannya di belakang minho.
Suasana antara mereka sepi. Dalam setengah jam mereka setia di posisi seperti itu sebelum jangmi melonggarkan pelukannya. Lantas minho berpaling ke belakang. Raut wajah sayu jangmi menyapa ruang matanya.
"Babe, kau ada apa-apa masalah ke? Kongsilah dengan aku kalau kau tak keberatan." Kedua belah pipi mulus jangmi disentuh minho. Tunak anak matanya merenung ke dalam mata jangmi.
"Taeyong..." Jangmi menggigit bibir. Dia menunduk. Minho yang memerhati perilaku Jangmi segera menarik gadis itu masuk ke dalam dakapannya.
"It's okay. It's okay. Teruskan, aku dengar." Jangmi menarik nafas sebelum menghembus.
"Dia jumpa appa." Usapan di kepala Jangmi terhenti. Batin minho seakan dapat merasakan ada sesuatu yang terjadi. Mungkin itu yang menyebabkan Jangmi senyap.
"Dia lamar aku, minho. Aku tak nak." Esakkan jangmi pecah sejurus ayat terakhir dilafazkan. Dia menyembamkan wajahnya di dada bidang minho.
"Dia... lamar kau?" Lambat-lambat minho menyoal setelah terdiam untuk beberapa saat. Jangmi mengangguk. Dia meleraikan pelukan lalu mendongak memandang minho.
"Aku tak nak." Awal-awal lagi jangmi akan berkeras menolak lamaran tersebut. Lagi-lagi mengingati Tuan Geum mahu menyatukan dia dan taeyong untuk memperluaskan lagi syarikat mereka. Nampak sangat semua itu bukan untuk kebaikan dirinya.
Minho tersenyum tipis. Dia menyentuh pipi kanan jangmi. Lembut ibu jarinya mengelus disana.
"Babe, kau milik aku. Selamanya milik aku. Mustahil aku akan biarkan perkara tu terjadi. Aku tak akan biarkan sesiapa pun rentap kau dari aku walaupun orang tu keluarga aku sendiri." Kata minho. Dia benar-benar memaksudkan apa yang dia ucapkan ketika ini. Tiada sesiapa yang akan mengambil Jangmi darinya. Tiada siapa yang akan memisahkan dia dan Jangmi.
Mata terpejam rapat saat bibir hangat minho mengucup dahinya. Kini kucupannya beralih ke kedua pipi yang sembab disebabkan air mata dan seterunya ke hidung. Minho menyatukan dahi mereka berdua sambil mengelus rahang si gadis.
"You know how much i love you,right? I'm obsessed." Minho tertawa kecil. Ya, dia obses dengan gadis di hadapannya ini. Bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi kerana rasa sayang yang melebihi segalanya.
"I love you." Perlahan bibir mereka dicantumkan. Menyalurkan perasaan yang sedang memekar di dalam hati masing-masing. Dalam diam, minho mencelik matanya.
"Andai kau bukan anak dia..." Hatinya berbisik pilu. Bukan Jangmi sahaja yang merasa sakit, tetapi dia juga merasakan hal yang sama. Hubungan mereka terhalang dari kedua-dua belah pihak.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

YOU ARE READING
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."