tiga puluh empat

136 19 11
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

Flashback

"Kau nampak perempuan tu?" Minho mengangkat kepala. Matanya tertumpu pada seseorang yang ditunjuk oleh bangchan.

"Siapa perempuan tu?" Tanya minho tanpa melepaskan tatapan matanya dari gadis itu. Senyuman manis yang terlakar ternyata menyerlahkan kejeliataan yang dimiliki olehnya.

"Geum Jangmi. Playgirl kolej ni also student popular dekat kolej. Aku dengar ramai lelaki yang dah patah hati sebab dia. Well siapa je tak patah hati kan bila dipermainkan?" Minho memasang telinga sahaja mendengar kata-kata bangchan.

"Aku dengar dia bercinta dengan adik tiri kau, cha junho." Minho terus menoleh. Keningnya berkerut.

"Junho? Tch, apa yang dia nampak dekat budak lembab tu?" Sinis nada bicara minho. Dia memandang Jangmi semula. Tidak menyangka junho terlebih dahulu memiliki gadis secantik itu berbanding dirinya.

"Aku ada cadangan."

"Apa dia?" Sudut bibir bangchan ternaik.

"Goda Jangmi. Then bila dia dah cintakan kau, tinggalkan dia. Anggap kau dengan dia tak pernah kenal." Minho berdecit.

"Sorry chan, aku tak berminat dengan perempuan tu."

"Well semua ni bukan percuma, minho. Kau buat, kau menang, and kau dapat ganjaran. Kau kalah? Habuk pun tak dapat." Minho meletuskan tawa sinis. Liciknya cara bangchan mahu menarik perhatian.

"Berapa?"

"300jt won. Habuan untuk kau patahkan hati geum jangmi."

"Deal."

End Flashback

"Eish apa ni? Jangan sentuh-sentuh boleh tak? Rimaslah." Kasar tutur bicara Jangmi tatkala serim cuba untuk menyentuhnya. Tak serik lagi agaknya kalah, lepastu nak lawan lagi. Nak ke kalah berkali-kali dengan orang yang sama? Kalau dia, dia malu woo.

"Jangan sombong sangat, girl. Aku cuma nak kenal-kenal dengan kau. Salah ke? Haritu kita tak sempat kenal-kenal." Jangmi menayang riak geli apabila serim mengenyit mata padanya. Sejak hari pertama dia bertemu dengan serim, jujur dia katakan dia tidak begitu suka dengan sifat lelaki itu.

"Geum Jangmi. Dah puas? Berambus sana." Selamba Jangmi menghalau serim menjauh darinya. Bukannya pergi, malah serim ketawa.

"Garang. Tak apa. Hm nah." Jangmi berkerut. Air mineral yang diberikan oleh serim itu dipandang lama. Dah kenapa tiba-tiba bagi dia air?

"Tak perlulah. Terima kas---" Tangan Jangmi diraih, menyerahkan air tersebut.

"Ambil jelah. Nanti haus."

Jangmi terkebil-kebil. Serim memberinya sekuntum senyum sebelum berlalu ke kawasan kumpulan cleaer.

"Lady, dia cakap dekat kau?" Tanya seungmin yang menjadi pemerhati sejak tadi. Selagi serim tidak berbuat apa-apa yang mencurigakan pada Jangmi, semuanya baik-baik saja.

"Hm dia bagi ni je. Tolong pegang. Nak pergi tempat minho." Air mineral bertukar tangan. Tanpa menghiraukan seungmin, dia terus mendapatkan minho.

"Minho!" Nama jejaka itu disebut mesra. Jangmi menggigit bibir bawah. Kenapa minho nampak hot sekarang ni? Dengan jaket berwarna merah hitam, pakai riding glove warna hitam. Boleh dikatakan semuanya serba hitam.

"Jangan gigit bibir kau." Suara datar minho menyentakkan jangmi yang asyik menikmati keindahan ciptaan tuhan di hadapannya.

"h-hah?" Minho tersenyum senget.

"Lepas bet, kita dating."

"Kalau kau kalah, hantar aku balik rumah." Minho mengangguk setuju.

"Kalau aku menang, tidur di kondo aku malam ni." Sebelah kening di angkat.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang