tiga puluh tiga

122 20 7
                                        


ATTENTION

🌼 • 🌼 • 🌼

"Jangan teruskan, Jangmi. Aku tak yakin yang dia ikhlas dengan kau. Memang aku tak pernah tengok dia dengan mana-mana perempuan sebelum ni tapi kenapa dia tiba-tiba nak rapat dengan kau siap suruh kau macam-macam. Hentikan semua ni, Jangmi. Aku sayang kau. Aku tak nak kau kecewa dengan mana-mana lelaki." Itulah apa yang dikatakan oleh Haein di saat mereka penat berlari di kolej tadi.

Sedikit sebanyak Jangmi terharu dengan Haein. Walaupun mulut gadis itu seperti longkang, tetapi haein mempunyai caranya tersendiri untuk menyampaikan kasih sayangnya. Tadi junho pun berkata perkata yang sama.

"bila appa nak balik?" Tanya Jangmi. Matanya tidak lepas dari menatap skrin ipad yang memaparkan wajah Tuan Geum. Sebagai anak tunggal yang sudah kehilangan seorang ibu, wajarlah jika dia merindui ayahnya.

Lagipula dia hanya ada Tuan Geum saja selepas Puan Geum pergi meninggalkan mereka berdua.

"Dalam dua hari lagi. Jangmi nak apa-apa ke sebelum appa berangkat balik sana?" Tanya Tuan Geum pula. Jangmi mengemam bibir seolah-olah memikirkan sesuatu. Jangmi tersenyum pendek lalu menggeleng.

"Mi nak appa balik dengan selamat. Jangmi rindu appa. Dah lama kita tak luangkan masa berdua. Appa asyik busy je." Jangmi menguis kain cadar. Tuan Geum meletuskan tawa melihat perilaku Jangmi yang berjauh hati dengannya. Alahai.

"Okay. Lepas appa balik, kita keluar jalan-jalan." Mendengarkan itu, jangmi terus tersenyum lebar.

"Betul eh? Kalau appa mungkir janji, jangmi tak nak bercakap dengan appa lagi. Jangmi merajuk lima tahun!"

"Uish sampai lima tahun." Kedua-dua anak beranak itu ketawa serentak. Mereka meneruskan perbualan sehinggalah Tuan Geum sendiri yang menamatkan panggilan video tersebut kerana harus menyelesaikan pekerjaan.

"Malam ni malam terakhir. So nah, tahniah sebab menang bet ni." Bangchan menyerahkan sampul berwarna coklat yang tebal pada minho. Sampul itu disambut baik. Sempat dia memeriksa wang yang berada di dalam sampul tersebut.

"Banyak duit kau. Sanggup terbangkan 300jt won ni semata-mata nak cabar aku? Tch, aku dah kata dah chan. Aku yang akan menang dalam bet ni. Setakat dia tu, senang je cair." Dengan lagak angkuh minho berkata sedemikian kerana telah berjaya menghabiskan waktu sebulan memikat seorang perempuan seperti Jangmi.

"Iyalah. By the way, aku rasa kau dah boleh call dia. Malam ni kau nak ajak dia kan?" Minho mengangguk. Dia mengambil segelas coke lalu diteguk perlahan. Setelah itu, kunci motor di ambil sebelum dia berlalu keluar dari rumah.

Junho menamatkan pita rakaman yang merakam perbualan minho dan bangchan tadi. Dia bersembunyi di sebalik dinding untuk mengintip abang tirinya. Bibir diketap rapat. Urat lehernya kelihatan tatkala rahang diketap.

"Maafkan saya, honey."

Junho kecewa dengan minho. Dia memang sudah tahu berkenaan bet yang dibuat oleh bangchan dan minho. Dia sempat menghalang minho dari meneruskan bet tersebut namun lelaki itu membelasah dirinya.

🌼 • 🌼 • 🌼

ATTENTION

ATTENTIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang