ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Doktor cakap hyung amnesia."
Mata dipejam rapat. Sebaris ayat yang meluncur laju dari bibir junho sahaja sudah membuatkan dia tidak senang duduk. Hanya melalui junho saja, dia dapat mengetahui tentang minho yang masih dirawat di hospital. Dan untuk beberapa hari lagi, barulah minho dibenarkan keluar dari hospital.
Mata dicelik semula. Sungguh dia terlalu tertekan sejak kebelakangan ini. Tuan Geum asyik menghantar pesanan mengarahkan dia agar segera pulang ke rumah. Untuk apa? Rumah yang di anggap tempat untuk dia bersandar kini sudah tidak lagi aman seperti dulu.
"Jangmi." Bahu Jangmi dirangkul lembut dari tepi. Serentak dia menoleh lalu mengukir senyum hambar setelah melihat haein. Hanya Haein saja yang berada bersamanya ketika ini. Susah dan senang.
"Kau masih fikir pasal dia ke?" Jangmi hanya mampu mengeluh tanpa menjawab. Dia tidak tahu mahu membuat bagaimana lagi. Dalam masa yang sama, amaran Tuan Lee menyukarkan dia untuk bertemu dengan minho. Dia buntu.
"Apa aku kena buat, Haein? Sumpah, aku sampai sekarang tak habis fikir macam mana dia boleh lupa pasal aku dalam masa yang singkat? Aku..." Sekali lagi nafas dihela kasar. Haein mengangguk-anggukkan kepala. Dia faham walaupun Jangmi tidak dapat meneruskan kata-katanya.
"Aku rindu dia, Haein." Haein tersenyum tipis seraya menarik Jangmi masuk ke dalam pelukannya. Lengan Jangmi diusap-usap dengan lembut. Menyalurkan kekuatan buat Jangmi.
"Aku tahu." Jangmi mengetap bibir, dia menyeka air mata yang mengalir.
"Aku harap kau tetap kuat. Semua ni dugaan, Jangmi. Aku tahu tak mudah tapi kau ada aku. Aku sentiasa ada di sisi kau." Tutur Haein ikhlas.
"Thanks."
Sementara itu, minho melemparkan renungan ke luar tingkap. Tubuhnya semakin stabil. Kesan luka-luka kecil juga semakin hilang dari wajahnya.
Bunyi pintu dibuka tidak diendahkan. Bunyi derapan tapak kaki seseorang singgah di pendengarannya.
"Woi, jauh termenung!" Sergah Bangchan sembari memukul bahu minho. Dia hanya tertawa apabila lelaki itu menjeling tajam dirinya. Bangchan berdiri di sebelah minho, kedua tangannya dibawa memeluk tubuh.
"Kau fikir apa?" Soal Bangchan ingin tahu. Sengaja mahu berbual dengan minho. Maklumlah dia sibuk uruskan bengkel sejak menjadi membuka bengkel sendiri.
"Hm, kau buat apa datang sini? Kalau cuma nak tanya pasal tu, baik kau blah." Halau minho bernada datar. Bangchan meletuskan tawa. Alahai minho, masih belum berubah. Nyawa dah nak ditarik tempoh hari pun masih dingin.
"Relaxlah, Minho." Bangchan cuba bergurau tetapi lelaki itu sekadar membuat muka datar. Datar-datar ni nak pergi mana bang? Bangchan berdehem.
"Bila kau boleh keluar?"
"Esok." Ringkas jawapannya. Bangchan mengangguk.
"So that's mean, lusa kau masuk kolej macam biasa?"
"Ya." Sudut bibir Bangchan ternaik. Keningnya dijongketkan.
"Licik juga kau ni kan?" Minho mengalihkan tatapannya ke arah bangchan.
"Maksud kau?"
"Kau berpura-pura hilang ingatan. I guess, kau faham maksud aku kan? Hm Geum Jangmi?" Minho terdiam seketika sebelum bersuara semula.
"Itu urusan aku. Kau tak payah sibuk." Bangchan tersengih sinis.
"Kau betul-betul buat dia macam mana yang aku pernah cakap." Minho senyap.
'Tinggalkan dia bila dia dah mula sayangkan kau. Then anggap kau dengan dia tak pernah kenal."
I did it.
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION
![](https://img.wattpad.com/cover/326766642-288-k795064.jpg)
YOU ARE READING
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."