ATTENTION🌼 • 🌼 • 🌼
"Honey!" Jangmi terperanjat apabila seseorang menyergahnya dari belakang. Bagai hendak luruh jantungnya tatkala dikejutkan sebegitu.
Lantas dia menoleh ke belakang lalu menghadiahkan tamparan kasih sayang pada bahu Junho. Suka hati dia saja kejutkan orang. Kalau dia jalan terus tadi macam mana?
"Honey, sakitlah. Sampai hati awak pukul saya." Junho mengadu sembari mengusap bahu yang sakit. Namun hanya dihiraukan oleh Jangmi. Sedikit pun gadis itu tidak peduli dengan dirinya. Hm.
"Mana haein?"
"Haein tengah tunggu kita dekat kafe." Jawab Junho. Dia memanjangkan leher, cuba untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh Jangmi.
"Awak buat apa? Honey nak saya tolong tak?" Pelawa Junho.
"Tak payah. Dah siap." Pintu kereta ditutup lalu dikunci. Mata Junho jatuh pada tangan Jangmi. Dahi berkerut tatkala melihat bungkusan plastik berwarna hitam.
"Apa tu?" Soal Junho ingin tahu.
"Ni? Sampah. Haein ada ocd. Sebab tu aku bersihkan kereta memandangkan harini dia nak pinjam kereta aku." Junho mengangguk-angguk. Mengerti akan jawapan Jangmi. Dia mengambil langkah berjalan beriringan dengan gadis itu tatkala Jangmi mula beredar.
"Tapi kenapa awak tak suruh dia je yang bersihkan?" Soal Junho lagi. Jangmi melepaskan keluhan. Kaca mata hitam yang terletak di batang hidung dibetulkan lalu mendongak memandang junho.
"Daripada biarkan dia bersihkan kereta tu, lebih baik aku bersihkan awal-awal. Nanti habis semua benda dia buang." Perkara itu harus dielakkan! Haein tidak boleh membersihkan keretanya. Plastik hitam tadi dibuang ke dalam tong sampah.
"Oh. Saya baru tahu yang haein ada ocd. Hm patutlah selama ni saya tengok dia tegas dalam bab kebersihan. Pernah haritu saya bawa dia pergi library, then dia marah sebab buku-buku dekat library tu tak tersusun. Terus dia keluar macam tu je tinggalkan saya dekat dalam." Beritahu Junho. Patutlah selama ini ketika mereka tersentuh tanpa sengaja, Haein selalu mencuci tangan.
"Percayalah aku pernah ada di situasi paling berat bila babitkan bab kebersihan dengan dia." Jangmi melingkarkan tangannya di atas bahu Junho lalu mengangguk perlahan sembari mengemam bibir perlahan.
"Tabah. Apa-apa pun, dia tetap member kita." Junho mengangguk setuju dengan Jangmi. Apa-apa pun, Haein merupakan kawan perempuan yang dia ada selepas Jangmi.
Jangmi melepaskan bahu Junho lalu dua butang baju kemeja berwarna krim yang dipakai olehnya dibuka. Junho terbuntang menyaksikan perbuatan Jangmi. Lantas dia melarikan pandangannya ke arah lain.
"H-honey, awak butang balik baju awak. Nanti lelaki nampak macam mana?" Jangmi berkerut.
"Habis kau tu bukan lelaki? Pondan?"
"Tak. Maksud saya, bahaya kalau awak buat macam ni." Sudut bibir si gadis ternaik.
"Aku dah biasa pakai macam ni. Selalunya aku buka tiga butang. Harini dua je. Kau nak aku buka lagi satu butang ke?" Junho pantas menggelengkan kepalanya.
"Jangan. Apa kata awak butangkan satu lagi butang tu."
"Kenapa?" Junho mengeluh.
"Saya tahu mata seorang lelaki macam mana, honey."
🌼 • 🌼 • 🌼
ATTENTION

ANDA SEDANG MEMBACA
ATTENTION
FanfictionKnown as Lee Minho. The motorcycle gang leader. "She's really got my attention."