Chapter 4

318 16 0
                                    

" I'm thirsty. Saya berhenti kejap eh ? Saya mahu beli minuman " kata Pond dan memberhentikan kereta.

Phuwin hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Jam baru menunjukkan pukul 8:30. Kelasnya bermula jam 9 pagi.

Pond dan Phuwin keluar daripada kereta. Phuwin melihat Pond yang sudah hilang di rak-rak kedai. Phuwin melihat-lihat sekeliling dan matanya terpaku dekat satu figura yang berhoodie. Figura itu tengah berjalan-jalan berulang-alik di bahagian rak roti. Jantung Phuwin berdegup kencang melihat lelaki berhoodie itu. Phuwin terus mencari Pond dan dia berdiri di sebelah Pond yang tengah memilih minuman. Rapat sampai bahu mereka bersentuhan.

" Awak mahu air apa ? " tanya Pond dekat Phuwin.

" Soya milk " jawap Phuwin sambil matanya memandang sekeliling, tidak fokus. Mencari lelaki berhoodie itu, berhati-hati, apakah lelaki itu masih mengikutinya.

Pond mengangguk dan mengambil minumannya dengan minuman Phuwin. Pond ke kaunter, ingin membayar minuman tersebut.  Phuwin terus berjalan keluar kedai, mahu menunggu di dalam kereta kerana dia tidak selesa berada di dalam kedai. Terasa diperhatikan.

Baru beberapa langkah keluar dari pintu kedai itu, tiba-tiba bahu Phuwin dilanggar dengan kuat. Phuwin menjerit kecil sebab takut terjatuh. Namun orang yang melanggarnya tadi, dengan pantas memegang tangannya untuk menghalang Phuwin dari tercium lantai.

Phuwin mengaturkan nafasnya yang memburu laju. Cuba menstabilkan diri sebelum mengatur ayat untuk meminta maaf. Tapi semuanya tersekat di kerongkong bila rasa bulu roma tiba-tiba berdiri. Nafasnya yang sudah stabil terasa terhenti. Jantungnya seperti jatuh ke bawah bila melihat lelaki berhoodie tengah memegang tangannya. Phuwin dapat merasakan tangan lelaki berhoodie itu sedang mengusap-usap lembut tangannya. Seram !

Phuwin baru berura-ura untuk menarik tangannya tetapi ada satu tangan besar meleraikan tangannya daripada genggaman lelaki berhoodie itu.

Pond menarik tangan Phuwin dan menolak Phuwin supaya bersembunyikan di badan belakangnya. Phuwin tidak cakap apa-apa. Dia hanya diam sahaja sambil tangan meramas-ramas antara satu sama lain. Berpeluh.

Phuwin ingin melihat wajah lelaki berhoodie itu tetapi tidak dapat gara-gara lelaki itu memakai hoodie dan terselindung di balik tubuh Pond.

Phuwin memandang Pond. Nampak muka Pond serius merenung lelaki berhoodie itu. Lelaki itu terus pergi dari situ bila mendapat rasa Pond mendominasi situasi tersebut.

Phuwin menghela nafas lega. Serius dua rasa seram dengan lelaki itu. Dia tidak tahu apa lelaki itu mahukan darinya. Musuh ? Dia tiada musuh. Tegak bulu roma bila teringat balik lelaki itu mengusap-usap tangannya walaupun semuanya terjadi tanpa sengaja ataupun disengajakan ?

" Something is off with him "

Phuwin mengangkat kening apabila mendengar komen Pond.

" Kenapa kau cakap macam tu ? Kau bukannya kenal dia " bahas Phuwin walaupun dia bersetuju dengan komentar Pond. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu.

" Sebab dia pegang, usap-usap tangan awak. Like a pervert " jawap Pond penuh dengan rasa jijik.

Phuwin hanya memutarkan kedua bolanya, " Just foerget that ! Jom cepat. Nanti aku terlambat masuk kelas " Phuwin tanpa menunggu Pond, terus berlari ke arah kereta.

Semasa kereta Pond ingin meninggalkan kedai tersebut, Phuwin terpandang kembali lelaki berhoodie itu yang tengah memandang ke kereta Pond. Lebih tepat seperti ke arahnya. Lelaki berhoodie itu melambaikan tangan.

Phuwin terkaku. Jantungnya berdegup kencang. Dia memejamkan mata dan mata dibuka. Lelaki berhoodie itu sudah tiada. Hilang begitu sahaja.

Siapa dia ? Apa yang dia mahukan ?





PHUWIN berjalan mahu pulang ke kondominum. Pond tidak menghantar dirinya kerana Pond menpunyai emergency di hospital. Sudah 2 minggu dia pulang sendirian. Gemini entah hilang ke mana.

Phuwin berjalan sendirian. Dia memandang langit yang gelap. Menyesal dia tidak tengok jam tadi. Dia terlalu fokus mencari buku rujukan di perpustakaan sampai lupa gerakan jam yang pantas. Sekarang ini sudah pukul 8 malam.

Tiba-tiba perut Phuwin menjadi senak. Phuwin meringis kesakitan kerana perutnya yang sakit. Gastrik nya mulai mendatang. Sudah 2 minggu dia tidak ada selera makan sejak dia terasa diperhatikan dan selama 2 minggu itu juga, jadual Pond sangat padat membuatkan Pond tidak dapat mengambilnya di universiti.

Tap !

Phuwin berhenti berjalan bila merasakan ada satu bunyi tapak kaki melangkah di belakangnya. Phuwin perlahan-perlahan berpaling dan matanya terbeliak besar melihat lelaki berhoodie berada jauh di belakangnya. Jantungnya mula mengepam laju.

Tanpa berlengah-lengah, Phuwin terus berlari dengan sekuat hati. Dalam hatinya berdoa agar lelaki berhoodie itu tidak mengikutinya.

Tap ! Tap ! Tap ! Tap !

Kedengaran bunyi larian di belakangnya. Phuwin memandang ke belakang dan dia menjerit kecil bila melihat lelaki berhoodie itu tengah mengejarnya dengan laju.

Phuwin berlari tanpa tahu ke mana hala tujunya. Sampai sahaja dia di satu taman ini, dia berhenti lari kerana kepenatan. Phuwin memandang sekeliling, mencari-cari tubuh lelaki berhoodie itu. Tiada.

Tiba-tiba ada seseorang menyentuh bahu Phuwin dari belakang membuatkan Phuwin menjerit dan menepis tangan yang menyentuhnya.

" Phuwin ? Kau kenapa ? " satu suara yang amat dikenali.

Phuwin memandang Gemini yang tengah memandangnya kebingungan. Phuwin menghela nafas kasar dan memandang Gemini dengan tajam.

" Kau membuatkan aku terkejut. Untung aku tiada heart attack, kalau tak, sudah lama aku mati di sini " marah Phuwin dekat Gemini.

Gemini hanya tersenyum sahaja. Terasa bersalah kerana mengejutkan Phuwin sebegitu.

" Kau okay tak Phuwin ? Aku tengok kau aneh sejak kebelakangan ini " Gemini berjalan bersama Phuwin di sebelah.

Phuwin memegang perutnya. Perutnya semakin sakit selepas dia berlari. Cuba bayangkan, dia berlari menggunakan seluruh tenaganya dengan perut kosong ? Sakit !

" Aneh ? How.? " tanya Phuwin, mengangkat keningnya.

" You seem scared lately. Like be careful? Like that maybe. Like there's something you're hiding from me " ucap Gemini dengan kening berkerut.

Phuwin ketawa kecil, mahu menyembunyikan isi hatinya. Betul. Dia tidak pernah menceritakan perihal lelaki berhoodie itu kepada sesiapa termasuk Pond. Dia menyembunyikan perihal itu. Dia tidak tahu apa motif lelaki tersebut kepadanya. Dia makin lama semakin mental kerana dia rasa diperhatikan dari jauh. Dia terancam. Dia seperti sudah menjadi bodoh kerana lelaki berhoodie itu yang pandai bermain dengannya. Keadaan ini membuatkan dia tidak fokus dengan hidupnya.

" Mana ada. I'm not hiding anything. That's right! " Phuwin menyakin Gemini. Dia tidak mahu bertindak terburu-buru.

Gemini hanya mengangguk sahaja.

" Aku ingatkan kau dah mati. Rupanya hidup lagi " sindir Phuwin.

Gemini tersengih sahaja.

" Berbahagia lah tu dengan Fourth sampai aku pun dilupakannya " Phuwin menolak bahu Gemini dengan bahunya.

Gemini ketawa bila mendengar kata-kata Phuwin yang seperti berjauh hati dengannya.

Melihat Gemini ketawa membuatkan Phuwin ketawa. Phuwin bersyukur Gemini datang tepat pada masanya disaat dia ketakutan begini. Hilang ketakutannya tadi bila mendengar ketawa Gemini. Dia tidak bersendirian.

[ BL ] Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now