Chapter 10

296 13 0
                                    

Seminggu Phuwin duduk rumah dan seminggu itu juga Phuwin tidak dibenarkan melakukan apa-apa kerja kerana Pond melarangnya. Pond kata yang dia masih sakit dan tidak boleh melakukan banyak kerja. Dia hanya mengikuti sahaja tanpa banyak bantahan dan lelaki berhoodie itu tidak nampak di hadapan matanya selama seminggu ini membuatkan dia sedikit tenang walaupun ada keresahan sedikit.

Malam itu, Phuwin tengah mandi. Semasa Phuwin menggosok badannya dengan sabun, tiba-tiba bulu roma Phuwin berdiri secara perlahan-perlahan. Phuwin segera memandang ke belakang. Tiada apa-apa kecuali cermin yang berwap. Jantung Phuwin berdegup kencang bila terasa diperhatikan. Phuwin memandang sekeliling bilik mandinya dengan mata yang meliar.

Tanpa berlengah lagi, Phuwin terus cepat-cepat selesaikan mandinya. Selepas mandi, Phuwin terus keluar dari bilik mandinya dan membuka almari pakaiannya. Waktu ini bulu roma Phuwin terus berdiri tegak. Phuwin memandang satu biliknya, mencari-cari apa yang membuatnya meremang secara tiba-tiba tetapi dia tidak jumpa apa-apa. Badannya menggigil perlahan.

Ini masalah nya. Seminggu ini lelaki berhoodie itu tidak menganggunya tetapi selama seminggu ini, dia terasa diperhatikan dengan tajam di bilik mandi dan di biliknya seperti ada mata-mata yang memperhatikannya di dalam kegelapan malam.

Phuwin memakai pijama dan tanpa mengeringkan rambutnya, dia terus baring di atas katil. Comforter ditarik hingga ke dagu dan dia mulai mencari posisi untuk tidur tetapi dia tidak tahu kenapa dia terasa seperti diperhatikan. Phuwin mengetap bibir.

Setengah jam dalam keadaan itu, Phuwin terus tidak dapat bertahan. Phuwin mencampak comforter itu dan dia berlari keluar dari bilik nya. Dia terus membuka pintu bilik Pond.

" P'Pond " panggil Phuwin perlahan. Dia memasukkan kepalanya ke dalam bilik tidur Pond.

Pond yang tengah melihat fokus melihat laptop dengan cermin mata, terkejut dengan kehadiran Phuwin.

" Eh sayang ? Kenapa tak tidur lagi ni ? " tanya Pond dengan kebingungan.

Phuwin terus masuk dan menutup pintu bilik Pond. Dia merebahkan dirinya di atas katil Pond.

" Can i sleep with you tonight ? " tanya Phuwin, memeluk bantal sambil memandang Pond.

Pond mengangkat keningnya, " Why ? Have any problems with your room ? " tanya Pond, aneh dengan sikap Phuwin yang tiba-tiba ingin tidur sebilik dengannya.

Phuwin terdiam seketika dan menganggukkan kepalanya, " Yes, i feel noticed " kata Phuwin dan menenggelamkan wajahnya di bantal. Dia menghela nafas panjang.

Pond diam bila mendengar kata-kata Phuwin. Pond bangun dari duduk dan terus keluar dari bilik, meninggalkan Phuwin sendirian membuatkan Phuwin kebingungan tetapi dia hanya mengabaikan sahaja.

Tidak sampai lima minit, Pond kembali dengan segelas susu. Pond menghulurkan susu tersebut dekat Phuwin.

" Drink this milk " pinta Pond, menarik tangan Phuwin supaya bangun dari baring.

Phuwin dengan malas, duduk bersila di atas katil dengan bantal di pangkuannya. Dia mengambil gelas susu itu dan menghidunya perlahan.

" Kenapa ? Takut ada racun ? " tanya Pond dengan ketawa kecil.

Phuwin memberi side eyes dekat Pond membuatkan ketawa Pond lagi besar.

" Kenapa saya kena minum susu waktu malam-malam macam ini ? Is there anything you are hiding from me? " tanya Phuwin dengan syak wasangka.

" Awak tahu tak yang susu boleh menghilangkan gastrik. Awak kata yang awak tidak mempunyai selera makan sejak kebelakangan ini. Susu boleh mengalas perut dan susu baik untuk kesihatan. Dia boleh menguatkan imum badan dan... "

Bla, bla, bla and bla..... Phuwin terpaksa tadah telinga bila mendengar Pond menasihatinya tentang kesihatan tubuh badan. Argh ! Kenapa dia mempunyai gastrik ? Kalau dia tidak ada gastrik, sudah lama nasihat-nasihat doktor milik Pond itu tidak diluahkan kepadanya.

" Iya, iya ! Saya minum. Stop talking " Phuwin minum susu itu. Hmm.. Sedap walaupun rasanya lain daripada yang lain.

Pond melihat sahaja Phuwin minum susu itu. Dia mengambil gelas yang sudah kosong dari tangan Phuwin dan meletakkan di atas meja kecil. Dia melihat Phuwin yang tengah mengeliat kecil lepas meminum susu itu. Pond perlahan-perlahan duduk di birai katil, menghadap Phuwin yang tengah duduk bersila.

" Phuwin ? " panggil Pond membuatkan Phuwin memandang Pond.

Phuwin menggosok matanya dengan jari. Kelopak matanya mulai memberat.

" Saya mahu cakap sesuatu dekat awak " kata Pond, mengelus ubun-ubun Phuwin dengan lembut.

" What's that ? " tanya Phuwin dengan perlahan. Perasaan mengantuk mulai mengalir di dalam dirinya. Dia yakin mesti dari susu Pond. Susu yang Pond buat ada haruman vanila yang menenangkan dan kayu manis yang menghangatkan membuatkan dia sedikit merasa mengantuk.

" Saya tahu masalah yang awak hadapi saat ini. Awak terasa diperhatikan oleh seorang lelaki berhoodie kan ? Sebab itu awak tidak mempunyai selera makan sejak kebelakangan ini. Is it right ? " tanya Pond, mengelus ubun-ubun Phuwin sambil matanya memandang wajah kemerahan Phuwin.

Phuwin hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

" Tadi saya berbincang dengan P'Mix tentang awak... " belum habis lagi Pond cakap, Phuwin terus memotong.

" About me ? What are you talking about? Is there any problem ? " tanya Phuwin dengan perlahan.

" P'Mix dan Gemini seperti bersetuju dengan apa yang saya katakan tetapi mereka memesan saya supaya menyiasat terlebih dahulu "

" Apa yang awak ingin katakan sebenarnya ? " tanya Phuwin, menggaru rambutnya.

Pond menghela nafas panjang dan memegang kedua bahu Phuwin, " Saya rasa awak mempunyai skizofrenia iaitu penyakit mental yang berhalusinasi dan terpisah dari dunia realiti "

Wajah Phuwin berubah bila mendengar kata-kata Pond itu, " Saya tidak gila ! " bentak Phuwin marah.

" What I said is right! The man in the hoodie is indeed following me! he is watching me ! I'm not crazy to hallucinate like that! like wasting time just hallucinating that useless thing! " Phuwin menjerit, memarahi Pond bila Pond seperti mengatakan yang dia gila.

Terkejut Pond bila Phuwin seperti diserang histeria. Menjerit tidak tentu arah.

" I'm not crazy ! " teriak Phuwin dengan air mata yang bergenang di tubir matanya.

Pond terus memeluk Phuwin dengan erat bila Phuwin tidak dapat mengawal diri sendiri.

" Tenang sayang. Saya hanya memberitahu sahaja. Ia tidak pasti lagi tetapi saya rasa awak mempunyai penyakit itu. Saya tidak mengatakan awak gila. Jangan terlalu mengikut emosi, Phuwin sayang " pujuk Pond, mengusap-usap badan belakang Phuwin untuk menenangkan Phuwin.

" I don't want to hear that anymore. i'm not crazy. I really saw the man " kata Phuwin dengan air mata yang menitis di pipi.

Pond melepaskan Phuwin dari pelukannya dan dia mengusap kedua-dua bahu Phuwin.

" Tolong percayakan saya, P'Pond. Saya hanya ada awak seorang sahaja. Please, trust me. I don't lie with you. I honest, I saw the damn man. I just have you. Please P'Pond, trust me. I not crazy " Phuwin merayu dekat Pond. Dia sampai menundukkan tubuhnya supaya Pond mempercayainya. Dia yakin, itu bukan halusinasi nya.

Pond menarik nafas dan menghelakannya dengan perlahan. Pond menganggukkan kepalanya.

" I trust you dear " ucap Pond dan dia mengesat air mata Phuwin. Ubun-ubun rambut Phuwin dikucup lembut dan tubuh ramping Phuwin ditarik ke dalam pelukannya.

[ BL ] Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now