Chapter 34

330 15 0
                                    

Setahun berlalu....

" Saya pergi dulu " ucap Phuwin dan membuka seatbelt  yang dipakainya.

" Wait a minute dear " Pond memegang tangan Phuwin, menghentikan pergerakan Phuwin yang ingin membuka pintu kereta.

Phuwin memandang Pond, " Hmm ? "

" This ? " Pond menunjuk pipinya dengan jari telunjuknya.

Phuwin senyum sinis, " Apa ? Nak penampar ? "

Pond ketawa kecil mendengar soalan Phuwin, " Kalau penampar tu guna your sweet, soft and plump lips, well... Why not ? " jawap Pond dengan selamba. Dia tersenyum menggoda.

" Come on Phuwin.. It's just a simple kiss " provokasi Pond lagi.

Phuwin menghela nafas sambil menjulingkan matanya ke atas. Meluat mendengar sweet talker  dari mulut Pond. Entah betul, entah tipu.

" Come " Phuwin terus menarik tengkuk Pond dan dia terus memberikan beberapa peck kiss  di hujung bibir dan pipi Pond. Lepas itu, dia menolak muka Pond jauh daripadanya.

" Dah. Puas ? " tanya Phuwin sambil memegang pemegang pintu.

Pond ketawa dan menganggukkan kepala, " Phuwin, tak perlu masuk universiti. Kita pulang ke rumah. Jom " ajak Pond dengan senyuman nakal.

" Awak nampak ni ? " tanya Phuwin menunjukkan penumbuknya, " Sukahati je masuk keluar universiti. Ingat ni universiti pho awak ke ? Saya nak belajar lah. Tak lama lagi, exam sebelum saya apprenticeship "

" Okay, okay " Pond senyum lebar dan menganggukkan kepalanya, " Betul-betul belajar sayang " Pond menggosok rambut Phuwin dan mengucup lembut ubun-ubun rambut Phuwin.

Phuwin senyum manis dan mengangguk, " Hati-hati pergi kerja " ucap Phuwin dan keluar daripada kereta itu dengan perasaan bahagia.

Pond senyum dan dia mula menggerakkan keretanya pergi dari kawasan universiti bila melihat Phuwin sudah masuk ke dalam bangunan universiti dengan selamat.



Pintu lif terbuka. Koridor bangunan itu sunyi sepi kerana sudah waktu malam sekarang ini. Mana ada students atau lecturer yang tinggal di sini kecuali kalau ada hal macam dia yang kena stay up sebab tadi berjumpa dengan Prof. Tine.

Phuwin berjalan sendirian menuju ke luar universiti. Tetapi dia perlu melalui parking  yang gelap itu membuatkan dia sedikit ketakutan. Bagaimana kalau ada hantu muncul ?

Haaa.. Elok sangat lah fikirannya ini. Baru pukul sembilan malam bukan pukul dua belas tengah malam. Phuwin berjalan semakin laju, mahu berjumpa dengan Pond yang sudah menunggu di hadapan universiti.

Tiba-tiba bulu romanya berdiri. Phuwin berhenti berjalan ketika rasa diekori. Dia menelan salivanya. Sudah setahun berlalu... Selama setahun itu juga dia tidak diganggu dan tidak merasakan perasaan takut seperti ini tetapi kenapa waktu sekarang ini, perasaan itu datang kembali ? Hidupnya baru sahaja nak aman dan tenang tetapi tidak sangka, ia muncul kembali. Apa yang dia mahukan daripadanya ?

Dadanya mula berdebar. Phuwin mencuri memandang belakang dan jantungnya tergelincir melihat lelaki berhoodie itu berada jauh di belakangnya. Nafasnya tersekat-sekat, ketakutan bila nampak lelaki berhoodie itu tengah membuang rokok di sembarangan tempat.

Lari Phuwin ! Lari !!

Kakinya terus berlari dari situ. Peluh mula merenik di tubuhnya. Perasaan takut sungguh besar di dalam jiwanya. Phuwin seperti mahu menjerit bila melihat lelaki berhoodie itu mengejarnya daripada belakang.

[ BL ] Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now