Chapter 26

256 17 1
                                    

Sepanjang jalannya, dia diperhatikan oleh orang ramai. Orang ramai memandangnya sambil berbisik-bisik antara satu sama lain membuatkan Phuwin berasa tidak selesa.

Phuwin menelan salivanya dan memasuki perpustakaan. Masuk sahaja kakinya ke dalam perpustakaan, semua orang yang ada di dalam perpustakaan, memandangnya dengan pandangan tajam, seperti tidak menyambut nya.

Phuwin terus berjalan ke arah rak yang paling belakang dan paling terpuruk dari semua rak. Sampai sahaja di rak, Phuwin melihat-lihat buku rujukan yang ingin dipinjamnya. Dia mengambil beberapa buku dan kembali berjalan ke arah kaunter. Dia berusaha mengabaikan pandangan-pandangan mata semua orang ke arahnya. Amarah di dalam dirinya dekat Chimon semakin membara-bara.

" Saya nak pinjam buku-buku ni " kata Phuwin sambil meletakkan buku-buku rujukan di atas meja kaunter.

Perempuan yang menjaga kaunter, mengangkat muka, " Phuwin ! " June memanggil Phuwin dengan senyuman manis.

Phuwin terkejut melihat June yang menjaga kaunter. Phuwin hanya mengangguk dengan senyuman hambar sahaja.

" Lama tak nampak awak. Awak bercuti ke ? " tanya June, memgambil buku-buku rujukan Phuwin.

Phuwin hanya berdeham sahaja membuatkan June terdiam.

" Maafkan saya. Saya tak bermaksud seperti itu " jawap June perlahan bila tersedar kenapa Phuwin bercuti agak lama dari universiti.

" It's okay " ucap Phuwin datar.

Phuwin hanya melihat sahaja June yang menanda buku-buku rujukan yang dipinjamnya di dalam komputer. Bila nak habis ni ? Dia nak pergi dari sini. Dekat sini sungguh panas dan membuatkannya rimas.

Beberapa minit kemudian, June memberikan buku-buku rujukan tersebut dekat Phuwin.

" Terima kasih. Saya pergi dulu " Phuwin dengan cepat, mahu pergi dari situ tetapi June menghalang nya.

" Tunggu, tunggu " Jund menarik lengan Phuwin membuatkan Phuwin terpaksa memberhentikan langkahnya.

" Apa lagi yang kau nak ? " tanya Phuwin dengan kerutan di dahi.

" Awak rapat dengan Dr. Pond kan ? " tanya June dengan senyuman.

Phuwin diam seketika dan dia menganggukkan kepalanya.

" Boleh tak awak tanyakan soalan ni dekat Dr. Pond. Saya tak nak cakap. Saya malu. Boleh ? " June menyelitkan rambutnya di belakang telinga dengan senyuman malu-malu.

" Apa ? " tanya Phuwin dengan kening terangkat.

" Apakah Dr. Pond ada girlfriend ? " tanya June dengan pipinya yang memerah.

Jantung, hati, hempedu, usus dan segala organ dalaman Phuwin pecah mendengar kata-kata June itu. Dia menelan salivanya, kesat seperti menelan segumpal pasir.

" Hmmmm.. Pond dia tiada girlfriend " tapi dia dah ada suami, sambung Phuwin di dalam hati. Dia mengetap bibirnya bila melihat wajah June bercahaya bila mendengar Pond tiada kekasih lagi.

" Saya sukakan Dr. Pond. Awak rasa, kalau saya luahkan perasaan saya ni, Dr. Pond reject saya ke ataupun terima saya ? " tanya June, memandang Phuwin dengan pandangan penuh berharap.

Phuwin tidak tahu mahu cakap apa. Dia diam seketika, " Itu kau kena luahkan perasaan kau dekat Dr. Pond sebab aku tak tahu keputusan dia. Okay lah, aku pergi dulu. Bye ! " Phuwin dengan laju, terus lari dari situ dengan perasaan cemburu yang menggunung tinggi di dalam jiwanya.

Panggilan June yang memanggilnya, diabaikan. Dia tidak peduli. Dia hanya mahu sendirian saat ini.



PHUWIN mengesat wajahnya dengan rambut yang serabai. Fikirannya kusut saat ini.

[ BL ] Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now