Chapter 48

265 11 0
                                    

Phuwin mahu masuk ke dalam kelas tetapi bajunya ditarik dari belakang membuatkan Phuwin terkejut. Pantas, Phuwin memandang ke belakang dan dia nampak wajah June.

" Hmmmm..Phuwin, saya nak cakap sesuatu dengan awak " kata June dengan senyuman nipis di bibir.

" Nak cakap apa ? " tanya Phuwin sambil memandang sekeliling yang ramai orang.

June menarik tangan Phuwin, " Ikut saya " pinta June dan Phuwin hanya mengikuti sahaja ke mana June membawanya.

Sampai sahaja di belakang universiti, Phuwin dan June berdiri berhadapan antara satu sama lain.

" Awak macam mana ? Sihat ? " tanya June, berbasa-basi.

" Hmmm.. Dah okay " jawap Phuwin ringkas. Sudah 3 hari dia tidak masuk universiti kerana kakinya yang terseliuh dan sekarang kakinya sudah sembuh.

" Awak dengan Dr. Pond macam mana ? Kalian okay kan ? " tanya June dengan lembut.

Kening Phuwin mengerut, " Okay je. Kenapa kau tanya ? "

June menghela nafas, " Kenapa awak tak cakap yang awak isteri Dr. ? "

Deg ! Jantung Phuwin seperti terhenti mendengar pertanyaan June itu.

" Dr. dah bagitahu semuanya. Pada hari yang saya nampak kalian di pejabat tu. Kenapa awak tak cakap yang awak isteri Dr. ? Awak tahu tak saya rasa diri saya ni jahat sebab bercakap tentang perasaan cinta saya di hadapan isterinya sendiri ? Saya tak sangka saya mencintai suami orang. Kalau saya mengetahui nya lebih awal, saya tidak akan beritahu awak yang saya cintakan Dr.. Ya Tuhan Phuwin, saya rasa diri saya seperti perempuan jahat yang ingin merampas suami awak pula. Maafkan saya, Phuwin. Saya tidak tahu awak isterinya Dr. Pond. Maafkan saya kalau saya ada menyakitkan hati awak semasa saya luahkan perasaan saya dekat awak. Maafkan saya kalau membuatkan awak jeolous. Maafkan saya. Saya tak tahu apa-apa. Lain kali, awak perlu jujur Phuwin sebab Dr. Pond itu milik awak. Phuwin..Phuwin... " June menggelengkan kepalanya dengan nada yang lembut. Pening dengan sikap Phuwin yang lebih menyukai menyembunyikan rahsia terbesar itu daripadanya.

Phuwin hanya diam sahaja. Lidahnya kelu. Bibirnya seperti lumpuh mahu bercakap. Kerongkong nya kering.

" Aku tak nak bagitahu kau sebab kau baik dengan aku. Aku rasa bersalah terhadap kau. Tapi aku tahu, sehebat manapun aku menyembunyikannya, kau akan tahu juga kan ? Kadangkala, aku terfikir yang aku tak sesuai untuk P'Pond. Aku rasa kau lebih sesu-

" No Phuwin ! Don't say that !! " halang June dengan tegas. Dia mencapai kedua tangan Phuwin dan mengenggam tangan kurus Phuwin dengan lembut.

" Ini takdir Phuwin. Terima. Awak sesuai dengan Dr. Pond. Mungkin Tuhan menjodohkan awak berdua kerana menyuruh awak berdua melengkapi antara satu sama lain. Apakah kau masih memikirkan perkara itu dasarkan kalian sudah bersama selama setahun setengah ? Jangan fikir macam tu Phuwin. Ingat Phuwin, jika awak memikirkan perkara itu, siapa yang sakit ? "

Phuwin diam.

" Awak yang sakit. Jadinya, jangan memikirkan perkara itu lagi. Dr. Pond sangat-sangat mencintai awak, Phuwin. Dia tidak mahu kehilangan awak " ucap June dengan bersungguh-sungguh. Mahu menyakinkan Phuwin.

" Habis tu, bagaimana dengan kau ? " tanya Phuwin, memandang mata June yang terpancar keikhlasan di sana.

June ketawa kecil, " Jangan pedulikan saya. Saya okay sahaja. Sebesar manapun cinta kita dekat seseorang, tidak semestinya kita bersama orang yang kita cintai kan ? Akan ada orang yang lebih sesuai untuk saya di masa akan datang. Awak beruntung kerana mendapatkan Dr. Pond. Dan awak sangaaaaattttt beruntung kerana dapat bersama dengan orang yang mencintai awak kembali. Selamat Phuwin. Tahniah. Maaf baru dapat ucap sekarang "

[ BL ] Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now