Special Chapter ( III ) ft. GeminiFourth

523 18 0
                                    

8 tahun kemudian...

Pond mengambil kasut pantofel yang berada di rak kayu. Pantofel disarungkan di kakinya lalu dia mengetuk-ngetuk seketika. Kepalanya terangkat, memandang ke arah sang isteri yang tengah berdiri di hadapannya.

" Rehat okay ? " pesan Pond sambil mengusap rambut serabai milik Phuwin. Dia memandang Phuwin yang hanya memakai pijama satin warna kelabu.

Phuwin mengangguk. Wajahnya pucat. Dia mengukirkan senyuman nipis dan dia memberikan briefcase kepada suaminya.

" Apakah awak baik-baik sahaja tinggal sendirian ? " tanya Pond, risau melihat keadaan Phuwin. Sudah seminggu Phuwin demam membuatkan Phuwin tidak dapat pergi kerja. Semalam, dia memeriksa suhu tubuh Phuwin mulai menurun dan keadaan Phuwin sudah sedikit sihat tetapi dia tetap risau.

Phuwin senyum hambar dan mengangguk, " Iya.. Saya baik-baik sahaja. Tak payah risau sebab nanti Gemini dan Fourth akan datang untuk menginap di sini, kan ? "

Pond menghela nafasnya. Dia mengangguk dengan lemah.

" Baiklah kalau begitu. Maafkan saya jika awak semakin sakit kerana semalam " ujar Pond dengan senyuman nakal di bibirnya.

Phuwin menjulingkan kedua biji matanya ke atas. Sebenarnya, dia sudah sihat dari demam 2 hari lepas tetapi dia masih merasakan pening di kepalanya. Itu bukan masalah yang besar.

" Diam lah " rungut Phuwin sambil menggosok-gosok lehernya yang dipenuhi hickey.

Pond ketawa kecil dan dia merangkul pinggang ramping Phuwin. Dia mengucup lembut pipi Phuwin.

" Terima kasih melayan saya semalam. Sudah lama saya tidak merasakannya kerana kesibukan " kata Pond dengan senyuman manis di bibirnya.

Phuwin ketawa dan mengangguk. Pipinya memerah hingga ke telinga, malu bila Pond membangkitkan hal semalam.

" Sudah.. Pergi kerja sana. Nanti terlambat " Phuwin menolak lengan Pond yang masih erat memeluknya.

" Baiklah. Saya pergi dulu " ucap Pond dan mengucup kening Phuwin.

" Hati-hati di jalan " pesan Phuwin dan mengucup bibir tebal Pond dalam waktu yang singkat.

Pond melambaikan tangannya dan dia keluar daripada rumah. Sudah setahun dia dan Phuwin berpindah ke rumah baru. Kondominum lama mereka sudah dijual kembali. Saat ini, rumah mereka berdekatan dengan pantai kerana Phuwin sangat menyukai suasana yang tenang dan bersih.

Phuwin menghela nafasnya dan dia berpaling, mahu kembali tidur.

















Mata coklat gelap melihat jam.

Pukul 1 petang.

Pond tidak pulang lunch kerana mempunyai emergency.

Phuwin yang masih memakai pijama satin kerana tidak mandi dari bangun tidur, mengambil macbook dan dia duduk di atas sofa L yang berada di hadapan televisyen. Dia duduk bersila sambil menongkat dagunya, melayani macbook nya dengan penuh perasaan bosan kerana duduk sendirian.

Dia kesunyian saat ini.

Tiba-tiba..

Bum !!

" Argh ! " teriak Phuwin terkejut bila pintu rumahnya ditendang dari luar. Dadanya berdegup dengan kencang.

" Phuwin !!! " jeritan Gemini memenuhi segenap ruangan tersebut membuatkan rumah itu bergema dengan suara lantang Gemini.

Phuwin mendengus kasar melihat kehadiran Gemini dan Fourth di rumahnya. Datang seperti ribut.

[ BL ] Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now