Chapter 24

245 15 1
                                    

Tiga hari dan dua malam Pond tidak mahu bercakap dengannya. Pond pun tidak mahu tidur sekatil dengannya. Pond lebih sanggup baring di sofa Cleopatra yang berada di hujung bilik nya. Pond punya merajuk lebih teruk darinya. Sumpah ! Kalau selepas ini, dia berbaik dengan Pond, dia tidak akan sakitkan hati Pond. Tapi bagaimana mahu memujuk Pond ?

Phuwin mengeluh perlahan. Pintu kereta ditutup rapat. Sekarang ini, dia pergi ke universiti nya dengan memandu sendiri. Pond tidak mahu menghantarnya. Dan bila lah mereka mahu pulang ke kondominum mereka. Takkan nak duduk lama-lama di rumah ibu bapanya ? Mereka perlukan privasi waktu sekarang ini untuk menyelesaikan masalah mereka. Lagi sekali, Phuwin mengeluh.

Phuwin mahu berjalan tetapi langkah nya terhenti bila Gemini muncul di hadapannya dengan senyuman manis.

" Eh Gemini ? Baru nampak muka. Mana hilang ? " tanya Phuwin dengan wajah gembira bila melihat Gemini.

Gemini tersengih, " Faham faham je lah " kata Gemini selamba.

Phuwin ketawa kecil dan menganggukkan kepalanya.

Gemini menyandarkan sisi tubuhnya di kereta Mini Cooper milik Phuwin, " Bagaimana kau dengan Pond ? Okay ? " tanya Gemini, mengangkat kening.

Mendengar sahaja nama Pond keluar daripada bibir Gemini, Phuwin terus mengeluh panjang.

" Eh ? Kau kenapa ? Kalian bertengkar ke ? " tanya Gemini dengan kerutan di dahi, memandang Phuwin yang berwajah murung.

Phuwin mengangguk perlahan. Dia menghela nafas dan menyandarkan tubuhnya bersebelahan Gemini.

Gemini diam seketika dan dia memetik jarinya, " Phuwin, kau free tak sekarang ni ? Ikut aku " Gemini terus menarik tangan Phuwin dan membuka pintu kereta bersebelahan pemandu.

" Eh ? Eh ? Nak ke mana ni ? Aku ada kelas lah " Phuwin memandang Gemini yang mengambil kunci kereta dari genggaman tangannya.

" Alah, kelas-kelas kau tu nanti je lah. Now, follow me " pinta Gemini dan menolak tubuh kurus Phuwin ke dalam kereta.

" Kau nak bawak aku pergi mana ? " tanya Phuwin dengan kebingungan tetapi dia tetap masuk kembali ke dalam kereta.

Gemini tutup pintu kereta dan memasuki kereta bahagian pemandu. Dia menghidupkan enjin kereta dan Gemini memandu kereta Mini Cooper milik Phuwin keluar daripada kawasan umiversiti.

" Aku nak bawak kau ke satu tempat ni " kata Gemini tanpa memandang Phuwin.

" Kau nak bawak aku ke mana ? Aneh-aneh lah kau ni " Phuwin merungut bila melihat senyuman terbit dari bibir Gemini.

" Shhhh.. .Diam, diam " Gemini meletakkan jari telunjuknya di bibir Phuwin dan Phuwin hanya membuat roll eyes.



GEMINI memberhentikan kereta di parking di hadapan farmasi. Kening Phuwin berkerut.

" Kita nak ke mana ni ? " tanya Phuwin, keluar dari kereta.

" Sini, sini " Gemini menarik tangan Phuwin dan membawa Phuwin ke tangga kecil yang berada di tepi farmasi.

Mereka menaiki tangga itu dan sampai sahaja di tingkat paling atas, Gemini berhenti di hadapan satu pintu kaca.

Phuwin pun berhenti. Dia mendongak melihat papan nama yang berada tepat di atas pintu kaca.  W MMA Fighter ? Material Arts ? For what Gemini bawa dia ke sini ? Dia bukan nak bersenam pun.

Gemini menolak pintu kaca itu dan menarik tangan Phuwin supaya masuk ke dalam MMA Fighter itu.

Buk !!

Bunyi tumbukan yang padu menyambut kedatangan mereka. Gemini dan Phuwin terkejut lantas mereka memandang orang yang tengah menumbuk punching bag itu.

[ BL ] Strawberry and Cigarettes ( S2 ) Where stories live. Discover now